PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, December 8, 2010

APA MOTIF KHALID BERDEMO..??

 Nampaknya demontrasi terus menjadi budaya utama pihak pembangkang untuk menyuarakan protes atau gagal menyelesaikan masalah atau cara untuk menutup kelemahan sendiri.Minggu lalu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuai demontrasi membantah kenaikan air dan mengajak rakyat Selangor menyetainya.

Kononnya nak dibuat secara aman akan tetapi lain pulak jadinya,Demontrasi tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang amat teruk.Rakyat yang tak terlibat langsung menjadi marah dengan tindakan pendemo yang berbaur politik.Sebenarnya Khalid cuba mengheret rakyat Selangor menyokong kancah masalah peribadinya dengan pihak SYABAS.

Secara tak langsung Khalid telah membelakangkan Sultan Selangor dengan mengheret di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor,dan juga mengambil kesempatan dengan isu air ini untuk memujuk rakyat untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Pusat.

Negeri lain juga mempunyai masalah air yang sama juga,kalau nak dikirakan rakyat Kelantan yang berhak marah kerana Kerajaan Pas Kelantan menjanjikan lagi 17 tahun baru dapat nak menyelesaikan masalah air di negeri itu.Begitu juga Kerajaan Kedah menaikkan tarif air secara mengejut,rakyat Kedah juga marah.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh kerajaan PKR Selangor sungguh menghairankan dan aneh.Apakah takda jalan lain selain berdemo..?

Sebenarnya tindakan Khalid adalah semata-mata untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri Selangor setelah gagal untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.Kalau Khalid seorang Profesional beliau tidak lah perlu untuk mengambil jalan singkat untuk berdemo ke Istana Negara.Masih ada jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah air ini selain mengajak rakyat Selangor berdemo dan menyusahkan rakyat yang lain pula.
Yang berdemo ni hanya segelintir yang terlibat, sebaliknya menyusahkan lebih banyak lagi rakyat yang sedang menjalankan tugas harian mereka.

Sebab itu kita lihat demontrasi tersebut adalah bermotifkan politik dan bukan sangat nak membela rakyat.
Sebaliknya menyusahkan semua pihak yang lain yang tak terlibat dengan si pendemo.Rakyat hanya diperalatkan,Khabarnya nak dibuat secara aman sebaliknya huru-hara dibuatnya sampai cuba menyalahkan pula pihak polis yang cuba untuk menyuraikan keadaan kelam-kabut yang mereka cipta.

Dimana letaknya maruah menteri besar mengetuai demontrasi tersebut..?
Dalam soal meguruskan air ini ada baiknya Khalid meminta tunjuk ajar dan meminta nasihat daripada menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri lain.Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia Sebuah negeri Berdemontrasi kerana air di Istana Negara.Sungguh Memalukan.

3 comments:

ariff55 said...

Punahsesat Ekonomi Kerajaan Selangor mentor MB dan Exco Selangor punya hal la ni bukan idea Khalut ni dia cuma pelaksana nasehat punahsesat tu je
tak demo nanti Azmin di lantik jadi MB baru
tak gitu dei ..Punahsehat

Unknown said...

Itu masalah dalaman PKR...kan..?

Anonymous said...

Blog tuan sudah di add dalam blog Tamingsari.

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Tamingsari.

Selamat berjuang.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...