NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, October 22, 2013
PERATURAN ATAU LAWAK JENAKA. .???
UNDANG-UNDANG atau peraturan dicipta untuk kebaikan manusia. Itu adalah perkara asas dalam hidup yang mana sudah tentu dalam kehidupan bermasyarakat adalah perlu untuk semua kita terlibat mematuhinya. Namun tidak bermaksud semua undang-undang ciptaan manusia itu sempurna. Ada peraturan digubal untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu seperti golongan peniaga, kapitalis dan ahli politik.
Ada juga undang-undang dicipta kerana menghormati masyarakat atau penduduk di sesuatu kawasan. Malah kalau kita ingat kembali bagaimana sikap perkauman orang kulit putih di Amerika Syarikat (AS) yang mencipta pelbagai undang-undang untuk membezakan mereka dengan golongan kulit hitam.
Sudah tentu undang-undang menindas ini tidak boleh diterima dan akhirnya masyarakat bangkit menentangnya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.
Lantas kita perlu bersyukur walaupun banyak kekurangan di negara ini sekurang-kurangnya tidak ada sesiapa boleh menyatakan diri mereka tertindas seperti masyarakat kulit hitam di AS yang begitu tersiksa dan dihina seolah-olah bukan manusia.
Kini zaman berubah dan undang-undang dan pelaksanaannya turut sama mengikut arus. Undang-undang bukan lagi satu kepentingan untuk melindungi masyarakat kerana terdapat undang-undang yang digubal yang akhirnya membantu penjenayah dan kumpulan jenayah terancang.
Namun begitu ada juga undang-undang dan peraturan yang kita rasakan pelik dan tidak memberi apa-apa kepada masyarakat.
Pancawarna minggu ini melihat beberapa peraturan dan undang-undang yang dilihat pelik, mengganggu kehidupan mahupun dianggap sebagai lucu dan tidak berfaedah kepada sesetangah golongan masyarakat di dunia.
MELANCONG
1. Denda jika kasut/ selipar berbunyi bising
PADA kebiasaannya ketika bercuti kita gemar melalui keadaan tenang sambil menikmati pemandangan dan panorama indah. Namun apabila bercuti di Pulau Capri, Itali, para pengunjung perlu menghormati mereka kerana penduduk tempatan sangat menghargai keadaan tenang dan sepi di bandar itu.
Malah mereka menguatkuasa undang-undang melarang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising. Jika anda ditangkap kerana tidak mengendahkan larangan tersebut kemungkinan besar akan ditahan polis dan didenda.
2. Dilarang meninggal dunia di bangunan Parlimen
JIKA anda bercadang berkunjung ke Bangunan Parlimen Britain, dinasihatkan supaya menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu. Ini kerana adalah sukar keadaannya jika berlaku kematian ketika berada di dalam bangunan itu. Punca utama orang ramai dilarang meninggal dunia di situ kerana bangunan Parlimen dianggap sebahagian daripada istana.
Maka sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Itu sebabnya pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin jika anda dilihat sakit. Kita mungkin melihat undang-undang itu sebagai mengarut tetapi ia telah wujud sejak sekian lama di dalam akta tertentu.
Bagaimanapun tiada sebarang hukuman boleh dikenakan kerana sudah pasti yang tertuduh telah mati sebelum sebarang penangkapan dan pendakwaan boleh dilakukan. Adalah tidak menghairankan undang-undang ini antara paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walaupun tidak pernah digunapakai.
3. Larangan terjun payung untuk wanita bujang
SETIAP kali melancong sudah tentu kita akan melakukan setiap aktiviti selagi terdaya tanpa mengira jantina. Namun agak malang bagi wanita bujang berkunjung ke Florida kerana dalam banyak-banyak aktiviti yang boleh dilakukan, agak malang mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti payung terjun pada hari Ahad.
Bagi sebuah negara yang berbangga dengan amalan demokrasi dan hak kebebasan adalah sukar diterima kenapa wanita bujang tidak boleh melakukannya pada hari tersebut.
Timbul pertanyaan kenapa wanita bujang dan kenapa hari Ahad. Namun tidak ada jawapan terhadap persoalan itu. Yang pasti mereka memandang serius undang-undang ini dan jika melanggarnya tidak mustahil anda boleh dipenjarakan.
4. Dilarang memijak duit/matawang
KEBIASAANNYA kita melihat wang sebagai sesuatu yang diperlukan dalam hidup tetapi nilainya tidak lebih sebagai perantara dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati. Namun di Thailand wang bagi mereka lebih dari itu kerana semua pihak dilarang memijaknya. Ini bukanlah kerana nilai wang sehingga mereka menghormatinya secara melampau tetapi kerana gambar Raja Thailand yang tertera di atas wang tersebut.
Kita semua sedia maklum bahawa raja adalah seorang yang mendapat kedudukan tertinggi malah mengkritik atau memburukkan raja adalah satu kesalahan besar di negara itu. Maka jika anda terpijak wang negara itu anda akan dianggap menghina raja mereka atau memijak muka raja. Oleh itu elakkan perkara ini dari berlaku.
5. Beri kebenaran orang asing gunakan tandas
KETIKA bercuti kita mengharapkan saat dan ruang privasi supaya tujuan melancong dan bercuti itu akan dipenuhi. Ini kerana kita berharap setelah penat dengan urusan kerja dan perniagaan maka percutian adalah pilihan untuk menikmati suasana tenang dan santai bersama keluarga.
Namun jangan terkejut jika bilik hotel atau resort anda tiba-tiba diketuk dan seseorang meminta kebenaran untuk menggunakan tandas dan kemudian terus meluru menunaikan hajat. Ini kerana terdapat undang-undang di negara itu yang mana jika seseorang mengetuk pintu anda dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu membenarkan mereka.
Jika tidak anda boleh dikenakan tindakan dan denda walaupun kita sebenarnya terganggu dengan kehadiran lelaki berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
No comments:
Post a Comment