PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, October 8, 2013

KL GANGSTER ISTIHAR PERANG...!!!



PRODUSER Datuk Yusof Haslam benar-benar geram terhadap angkara yang menimpa filem KL Gangster 2 arahan anaknya, Syamsul yang belum masuk pawagam, tetapi lebih dahulu bocor dalam internet, kemudian dicetak rompak dalam bentuk video cakera padat (VCD).

''Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab mengkhianati usaha kreatif anak Melayu, jadi sekarang masanya untuk KL Gangster 2 isytihar perang dengan lanun cetak rompak,'' kata Yusof penuh serius.

Jelasnya, antara langkah untuk memerangi lanun cetak rompak itu ialah meminta kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempercepatkan hasil siasatan punca asal bagaimana filem KL Gangster 2 itu boleh bocor ke dalam internet.

''Aduan telah dibuat kepada SKMM. Agensi itu mempunyai kepakaran untuk mengesan bermula kebocoran filem KL Gangster 2 ke dalam internet, siapa punya kerja?

''Proses penghasilan filem memang dikawal rapi oleh pengarah dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pembikinan sebelum diserahkan kepada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk kelulusan,'' jelasnya.

Menurutnya, bagi salinan asal filem yang disimpan di pejabat adalah dalam bentuk digital, lazimnya sukar untuk bocor, melainkan disabotaj pihak tidak bertanggungjawab.

''Selepas aduan dibuat kepada pihak berkuasa dalam kes ini, saya harap punca kebocoran dalam internet dan cetak rompak filem KL Gangster 2 akan dapat diketahui segera untuk tindakan mengikut proses undang-undang,'' katanya.

Selain itu kata Yusof, pihaknya juga memerlukan kerjasama Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar dapat membanteras penjualan VCD cetak rompak hasil kreatif filem tempatan.

''Satu lagi tindakan ialah saya sebagai Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia akan turut memanggil lain-lain persatuan berkaitan untuk mengadakan seminar mengenai ancaman lanun cetak rompak terhadap industri perfileman tanah air.

''Resolusi daripada seminar itu nanti kita akan kemukakan kepada kerajaan untuk tindakan lebih berkesan bagi membela nasib pengusaha filem yang membayar cukai tetapi dianiayai lanun cetak rompak,'' katanya.

Tegas Yusof, syarikatnya Skop Productions Sdn. Bhd. sudah berhempas pulas untuk menghasilkan KL Gangster 2 dengan kos RM4.5 juta, tetapi lanun cetak rompak senang-senang merompak buat duit cara mudah.

''VCD cetak rompak yang sudah dijual dan muat turun dalam internet internet itu, rakamannya tidak berkualiti dan kena tengok yang asli di pawagam untuk kepuasan,'' katanya dalam temu ramah di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yusof juga berharap penonton akan terus menghargai KL Gangster 2 di pawagam. Sejak sesi tayangan perdana dan tayangan umum bermula 3 Oktober lalu, KL Gangster 2 mencatat kutipan membanggakan, melebih RM700,000.

Ini satu catatan membanggakan meskipun filem terbabit berhadapan dengan pelbagai masalah kesan daripada plagiat pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini. - UM

3 comments:

Anonymous said...

Filem KL Gangter 2 gagal bukan disebabkan cetak rompak..tapi gagal disebabkan ramai gangster yang telah dicekup dalam OPS CANTAS....Yusof Haslam patut menyalahkan pihak PDRM bagi kegagalan filem ini..heheheheh

Anonymous said...

Kena sabotaj mamat ni. Lagipun filem dia dibtak ada kualiti. Tak tengok pun tak rugi. Satu nak nasihat jgn guna nama Melayu dan kerajaan kalau filem ada masalah atau tak laku

Anonymous said...

Agak2 la ckp xde kualiti. Best ape jln cite ngn scene2 dlm filem tu wlau lom dpt setanding ngn luar negara.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...