PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, March 7, 2013

JAMALUL KIRAM III ADALAH SULTAN SULU PALSU..!!!


Rasa agak hairan dengan tuntutan yang dibuat oleh Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu kerana dia masih lagi belum membuktikan kebenaran kesultanannya sebelum membuat tuntutan tersebut.

Sebelum itu, biar saya kaitkan ciri-ciri Sultan Sulu pertama yang sudah tentu jauh sangat daripada Jamlul Kiram III. Pengasas Kesultanan Diraja Sulu Darul Islam ialah, Sharif ul-Hashim, yang telah memerintah selama 30 tahun lamanya dari 1450.

Asal-usul beliau sebagai pengembara Arab, beliau telah menyandang kepimpinan beliau berteraskan al-Qur’an, iaitu Kod Undang-Undang Sulu yang dipanggil ‘Diwan’.

Kemudian beliau mencipta sebuah institusi politik Islam dan penyatuan agama tersebut sebagai agama wilayah.

Yang paling menakjubkan, Sultan Sharif mengatakan bahawa beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui bapa beliau yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, generasi ke-14 cucu Rasulullah SAW, Hussain.

Kemudiannya, pada abad ke-19, Kesultanan Sulu sentiasa menerima serangan bertalu-talu dari Sepanyol, sehinggalah perjanjian damai ditandatangani pada tahun 1851, dimana kita dapat menyaksikan Sultan Sulu hanya boleh mendapat ibu negeranya jika mereka jadi sebahagian dari Kepulauan Filipina dibawah kedaulatan Sepanyol.

Dan kajian telah membuatkan Mahkamah Antarabangsa memutuskan pada tahun 2003 bahawa Sultan Sulu telah melepaskan hak-hak kedaulatannya seperti yang diminta oleh pihak Sepanyol.

Tidak lama kemudian, pada tahun 1878, British telah mendapat kawasan Sultan Sulu dengan penggunaan tipu helah dalam perjanjian mereka pada tahun 1878. Versi British membawa maksud bahawa Sultan Sulu telah menyerahkan kedaulatannya, tetapi Sulu pula mendakwa mereka hanya memajaknya.

Dengan tiadanya dominan, Kesultanan ini secara perlahan mula menghampiri kematiannya apabila Perang Filipina-Amerika berlaku, dimana kita menyaksikan bahawa Sultan Jamalul Kiram II bukan lagi pemerintah bangsanya.

Jadi apabila Sultan tersebut mangkat pada tahun 1936, sudah tiada gunanya meninggalkan waris mutlak, dan SBUB sudah berhenti memberi bayaran kerana sudah tiada Kesultanan tersebut. Tetapi pada tahun 1939, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa bayaran tahunan disambungkan, sehinggalah pada hari ini.

Dan pada tahun 2011, sembilan keturunan Jamalul Kiram II telah mengisytiharkan kesahihan warisan mereka, dan antaranya tiada pula nama Jamalul Kiram III. Maka ternyatalah, pemimpin pengganas Jamalul Kiram III bukanya sultan yang sah.

Cuma saya ingin kita letak tepi perkara tersebut. Biar kita anggap sahaja dia seorang sultan yang sah. Tetapi adakah ciri-ciri dan perwatakannya sama macam Sultan Sharif..???

Jika dia sultan yang sah, maka dia boleh jadi keturunan Rasulullah SAW. Dan saya rasa anda semua faham ke mana KBC sedang membawa anda dari sini. Fikirkanlah...!!!

Pada tahun 1963, perjanjian Manila Accord dibawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah secara sah mensahihkan penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Pembentukan Malaysia.

Dimanakah Kesultanan Sulu ini pada ketika itu?

Sekarang, dalam ambang Pilihanraya Umum ke-13, baru hendak menuntut, yang secara musykilnya tidak lama selepas Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas kembali dari Manila selepas kononnya siasatan satu hari kes Amalilio.

Fikirkanlah...!!!



Jamalul Kiram III bukan sedang memimpin sebuah kesultanan,



tetapi secara sah, dia seorang diktator kepada sebuah rejim yang kejam.

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...