NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, August 9, 2012
PEGUAM SYARIE ANWAR MOHON MAAF KERANA BUAT FITNAH.!!!
Oleh kerana ketakutan bakal disaman 10 juta kerana didapati memfitnah, Peguam Syarie utama Anwar Ibrahim memohon maaf dimakamah Tinggi semalam.
Peguam syarie itu yang dinamakan sebagai defendan pertama dan firmanya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif dan Zashidi selaku defendan kedua membaca permohonan maaf tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.
Ia merupakan salah satu terma penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sementara terma-terma lain tidak didedahkan kepada media.
Pada 13 Februari lalu, Zainul Rijal, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan Kamar Ainiah di portal propembangkang Malaysiakini dan Harakah Daily.
Ia berhubung dakwaan peguam syarie itu telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lalu untuk memburukkan imej plaintif sebagai peguam dan ahli perniagaan.
Pada prosiding hari ini, Zainul Rijal yang ditemani isterinya, Datin Norliza Tarmizi diwakili peguam-peguam, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Azhar Arman Ali.
Menurut permohonan maaf yang dibacakan, Kamar Ainiah, firmanya dan anak guam yang diwakilinya pada hari tersebut mengaku telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada Zainul Rijal pada satu sidang akhbar bertarikh 18 Ogos 2011.
Pada tarikh tersebut, Anwar telah memfailkan permohonan untuk menghalang plaintif daripada mewakili tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Baca Seterusnya KLIK DISNI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...



1 comment:
Salam. Blog tuan sudah dipautkan..tq
Post a Comment