PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, August 31, 2012

GAMBAR LEMBU PAKATAN PR DI DATARAN MERDEKA SEBENTAR TADI..!!!

















3 comments:

Jedi Mind (JM) said...

"Tempat ini telah dibersih utk sebarang aktiviti" = Liberal pluralisma ajaran anwar setan!

Diorang masih bawa logo tgn yakjud makjud tu...

Anonymous said...

Surat terbuka kepada Pak Samad,
Salam sejahtera aku ucapkan kepada Pak Samad. Pertamanya, aku tidak tahu sama ada wajar atau tidak aku ucapkan selamat hari kebangsaan atau selamat hari merdeka kepada kamu, wahai Pak Samad. Ini kerana pabila aku melihat gelagat kamu dan kumpulan kamu semasa sambutan diambang merdeka semalam, dapat aku rumuskan bahawa bagi mu negara Malaysia ini masih belum merdeka. Bagi mu negara Malaysia ini masih terjajah dan siapakah yang menjajah Malaysia ini, siapakah yang menjajahnya, aku tidak tahu.
Mungkin jauh di sanubarimu semangat Indonesia Raya masih ada dan utuh serta kekal untuk kau perjuangkan. Manakan tidak, apabila aku melihat bendera yang kumpulan kamu arakan sempena sambutan diambang merdeka itu adalah bendera Indonesia Raya. Bendera ini akan kamu dan kumpulan kamu gantikan setelah kumpulan kamu menguasai pemerintahan Negara Malaysia ini. Kibaran Bendera Sang Saka Malaya akan menggantikan kibaran bendera Jalur Gemilang pada sambutan Hari Merdeka yang akan kamu dan kumpulan kamu raikan kelak. Pada Hari Merdeka nanti bendera Jalur Gemilang yang menggantikan kibaran bendera Union Jack atau Malayan Union akan digantikan dengan Sang Saka Malaya. Ini bermakna Jalur Gemilang yang menggugurkan Union Jack akan digugurkan dan diganti dengan Sang Saka Malaya. Pertukaran bendera ini bermakna sebuah negara baru akan terlahirkan sama seperti sejarah lahirnya negara Malaysia.
Nama apa yang akan kau berikan kepada negara bertuah ini yang akan menggantikan nama Malaysia, wahai Pak Samad. Ini kerana bendera baru, adalah lambang lahirnya negara baru. Nama negara itu tentulah bukannya Malaysia, pastinya ada nama lain yang tersemat di sanubari mu itu. Khabarkanlah agar kami mampu bersedia dengan awal untuk tuturkannya. Agar lidah kami tidak pelat dengan sebutannya.

Anonymous said...

Aku bangga dengan semangat perjuangan yang kamu tunjukkan. Amat tinggi semangat yang kamu pamerkan. Walaupun kamu nampak keletihan dek umur mu di hujung usia namun kamu gagahi dengan penuh tekad dan meneruskan perjuangan kamu atas nama "janji demokrasi". Janji demokrasi yang akan mengubah landskap negara Malaysia ini. Terlihat dalam semangat menggantikan bendera Jalur Gemilang.
Tentu lebih jauh lagi kamu akan melangkah. Pastinya lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku akan diganti dengan lagu yang baru. Irama dan rentak yang baru, nada dan melodi yang baru. Lagu itu tentunya adalah gubahan dari sajakmu sempena terbinanya negara baru yang kamu dan kumpulan kamu inginkan. Apakah nama lagu yang akan menggantikan lagu Negaraku itu wahai Pak Samad.
Pastinya kau akan meneruskan langkah perjuangan mu itu dengan lebih jauh lagi. Sebagai negara baru, perlembagaan baru akan digubal. Apakah akan ada kedaulatan institusi istana di dalam perlembagaan yang akan kamu bentuk kelak. Melihat kepada tingkah kumpulan mu yang agresif menyerang institusi istana, aku yakin kamu akan kuburkan institusi istana yang menjadi penampan kepada kemuliaan bangsa Melayu di bumi bertuah ini. Pastinya kamu dan kumpulan kamu akan kuburkan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu yang tercatat dengan utuhnya di dalam perlembagaan Malaysia. Kebencian kepada semangat kebangsaan terlihat kepada nada bicara kamu dan kumpulan kamu dan sanjungan kepada semangat rasis terpamer dalam bicara kamu dan kumpulan kamu, sehingga ada kumpulan kamu berjuang mahu menubuhkan sekolah aliran tertentu dan mengetepikan penggunaan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan mereka. Wahai Pak Samad, di mana akan kau semadi kan teras yang mempertahankan bangsa Melayu di bumi bertuah ini. Aku ingin mengetahuinya agar senang bagi anak bangsa yang masih cintakan bangsa Melayu ini melawat pusaranya nanti.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...