PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, August 16, 2012

BOM MESIN ATM, 3 PENJAWAT AWAM DITAHAN


Letup ATM: Tiga penjawat awam ditahan

MELAKA 15 Ogos - Polis menahan tiga penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kes cuba meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Bandar Baru Utama Masjid Tanah di sini, Isnin lepas.

Kesemua mereka yang berusia antara 23 dan 24 tahun itu ditahan di Melaka dan Kelantan kurang 48 jam selepas kejadian hasil operasi pasukan khas kes itu, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Beliau berkata lelaki pertama berusia 24 tahun ditahan di sini pada pukul 1 tengah hari Ahad lepas dan dia dipercayai dalang utama kes letupan itu.

"Hasil soal siasat, suspek pertama memberi petunjuk sehingga tertangkapnya suspek kedua berusia 23 tahun pada pukul 5 petang hari sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek ketiga berusia 23 tahun pula ditahan polis Kelantan di Pasir Puteh pada pukul 2.45 pagi semalam.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mengenali antara satu sama lain dan bertugas di Melaka mengaku melakukan letupan itu untuk mendapatkan wang daripada mesin ATM berkenaan, katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari bermula tarikh tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api atau bahan letupan.

Dalam kejadian Isnin lepas, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan jaket berwarna biru memasang sesuatu pada sebuah daripada dua mesin ATM di premis berkenaan pada pukul 3.23 pagi.

Bom dipercayai buatan sendiri itu meletup pada pukul 3.34 pagi. Ia hanya merosakkan bahagian luar mesin ATM dan gagal memecahkan peti simpanan wang mesin itu.

Suspek yang gagal mendapatkan duit daripada mesin ATM itu kemudian melarikan diri menggunakan motosikal.

- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Salam perjuangan, sudah dipaut terimakasih saudara.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...