PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 26, 2012

PEREMPUAN MISTERI ANWAR TAMPIL BUAT PENAFIAN..!!!



Perempuan Misteri yang dikatakan ada hubung kait dengan Anwar tampil berikan penjelasan bagi membantu  Ketua Pembangkang memulihkan lagi sokongan rakyat terhadapnya. Beliau cuba untuk memutarkan cerita yang telah dibongkarkan Ummi Hafilda.

Tetapi perempuan Misteri ni akhirnya kantoi dengan jawapan tambahan yang telah dibuat olehnya...!!!

Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta. Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi. Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar.

Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

Bayangkan berapa banyak harta perempuan misteri ni..??? Kaya gila babi.. dimanakah datang duit tersebut..?? KBC tak cakap pasal seks Anwar, tetapi macamana perempuan misteri ni boleh kaya raya..??

Dari manakah sumbernya..???

5 comments:

Anonymous said...

Susah nak percaya business lumba kuda boleh kaya macam tu. Apasal orang lain buat business kuda tak kaya macam dia? Kenal Azizah tapi tak kenal Anwar? Apa pun perempuan ni dah keluar dari persembunyian. Biar polis siasat dari mana dia dapat duit tu semua. Mana tahu duit kita bayar cukai pun termasuk dalam tu.

Anonymous said...

ambik ko Anwar!! Lepas ni mesti cakap tak pernah kenal ngan pompuan ni. strategi sama ..tuiihh!!

Anonymous said...

ambik ko Anwar!! Lepas ni mesti cakap tak pernah kenal ngan pompuan ni. strategi sama ..tuiihh!!

Anonymous said...

Btul..btul..btul...

Anonymous said...

Kali pertama Nuar boleh tipu
Kali kedua Nuar boleh Bohong
kali ketiga.. masuk longkang sungai buluh lah ko Nuar..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...