PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, May 16, 2012

5 PRINSIP RUKUN NEGARA BAKAL RUNTUH KERANA ANWAR..!!!

KETUA SETAN NEGARA

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu?

Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di khalayak.

Begitulah sikap sesetengah pemain politik hari ini disebabkan kuasa. Pastinya orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu tidak dapat menerima keputusan jawatankuasa itu.

Mereka dan rakan-rakan lain yang sependapat akan mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ perhimpunan itu walaupun sudah jelas ia melampaui batasan agama seperti menyusahkan sesama umat, memusnahkan harta awam, mencederakan manusia dan memberi gelaran tidak baik terhadap insan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Eloklah diselak kembali lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara, setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara.

Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang 

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih berpegang kepada lima prinsip ini..??

Adakah Rukun Negara sekadar ikrar..??

2 comments:

Skidrow Cross-Finger said...

http://sugar-brain.blogspot.com/2012/05/ceritera-afdhaluddin-zainuddin-beserta.html

Read & Expand

Berita dari gunung said...

Saya tidak berhajat untuk menghasut, tetapi kalau wakil rakyat sudah tak pandai berbahas dalam parlimen, akhirnya memilih untuk jadi "kongsi gelap" dan "gengster jalanan", apa salahnya.

Kalau itu yang dikehendaki, biar kita semua pakat bergaduh di jalanraya, dengan syarat Anwar dan Nik Aziz ada disana dan tidak lari!!!

Itu tentu akan menggembirakan Mat Sabu sebab dia boleh kira berapa jumlah yang mati syahid, itupun kalau dia tidak mati.

Sampai berapa buah negara Islam hancur didunia ini, baru Nik Aziz, Mat Sabu dan Anwar akan faham. Tragedi Timur Tengah belum cukup untuk mereka faham.

Atau mereka memang gila mahu musnahkan negara Islam untuk puaskan Amerika dan Israel.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...