PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, March 13, 2012

JAWAPAN AMIR TINGGALKAN IBU LUMPUH DI HOTEL BUDGET..!!!



Disini KBC ingin menerangkan sesuatu buat sahabat ku Amir, ini semua adalah dugaan Allah Ta'ala terhadap umatnya untuk menguji ketabahan dan kecerdikan kita merancang demi kebaikan bersama dalam istilah berkeluarga.

Jika dahulu kita dididik dan dijaga dengan tenaga upaya orang tua yang membesarkan kita tanpa mengenal serik dan jemu, mungkin sudah tiba masa giliran kita pula untuk menghadapi apa yang telah dirasai mereka selama ini sehingga kita dewasa.

Apa yang Amir alami sekarang adalah sekadar nak menguji keikhlasan kita sebagai anak dan berkemungkinan dugaan ini adalah untuk merapatkan lagi kasih sayang anatara anak dan ibu. Bukanlah lalai ataupun terlupa, tetapi masa dan waktu yang seharusnya dirancang dengan rapi agar semua rancangan dan jadual berjalan lancar.

Dikota Kuala Lumpur ini memang penuh dengan segala dugaan dan cabaran, jangan lah kita leka mahupun terlena sedangkan ia adalah tanggungjawap kita untuk melaksanakannya. Kesakitan dan keperitan yang Amir hadapi sekarang anggaplah ia sebagai menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan terdahulu.

Betul dan benar, kita adalah manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi dalam kes ini, Amir adalah insan yang amat mulia kerana tidak melupakan ibunya walaupun berat untuk beliau menanggung segala-galanya.

Tabahkanlah hati mu wahai sahabat ku Amir untuk menghadapi dugaan dari Allah Ta'ala....

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah Amir.. Sifat terpuji sdr pd pndangan saya ialah kesanggupan sdr membetulkan kesilapan yg mungkin sudah terjadi. Kesilapan itu mungkin dsebabkan keadaan atau kemampuan ketika itu sudah tiada daya.
Jika sdr terus yakin, ikhlas dan jujur dengan segala pengakuan sdr dalam hal ini, insyaallah keperitan sdr tidak akan lama. Ujian Allah beri pasti ada hikmah disebaliknya. Sabar dan penyerahan yg sebenar-benarnya kpd Allah itulah yg akan memimpin sdr ke jalan yg diredhaiNya..

Anonymous said...

KL Boyz
Sy mmg tak sabar nak cakap ttg hal ini. Pd sy yg salah dalam hal ni tak lain dan tak bukan ialah Harian Metro yg mengsensasikan berita seolah anak tadi meninggalkan ibu dengan sengaja. Tiada langsung ayat yg mengandaikan anak ini dlm kesusahan atau kemalangan. Anak tadi dihina dan dikutuk hingga imejnya tercalar lantas dibuang kerja. Pegawai kebajikan pun dapat memahami dan menyelami masalah anak ini.

JOMO MALAYA said...

Mantap bro! Mohon linkkan blog saya dalam blog bro... saya dah linkkan blog bro dalam blog saya.. TQ.. pendekarawang1.blogspot.com (JOMO MALAYA)

Unknown said...

Salah byk pihak, bkn seorang sj...

MENGAPA NURUL IZZAH GELAR PENDUDUK PPR SALAH, ZALIM & TAK BERMORAL? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...