NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, March 17, 2012
BATU BERDIRI GEMPARKAN KAMPUNG BUKIT BATU PUTIH..!!!
Penduduk Kampung Seberang Ramai, di sini, gempar seketika selepas puluhan batu pelbagai saiz ditemui dalam keadaan terpacak di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Bukit Batu Putih, kelmarin.
Kejadian disedari seorang lelaki yang dikenali sebagai Radzi, 40, pada jam 10 malam ketika memancing di kawasan berkenaan apabila melihat puluhan batu berada dalam keadaan terpacak sepanjang 50 meter di pantai itu.
Menurutnya, sebaik saja menemui batu itu, dia memeriksa di sepanjang pantai berkenaan sebelum menemui beberapa lagi lokasi batu terpacak berdekatan.
“Saya memaklumkan kepada rakan dan penduduk kampung sebelum kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai termasuk pihak berkuasa.
“Keadaan susunan batu pelbagai saiz itu juga jika dilihat dari jarak dekat nampak mustahil ia disusun orang kerana keadaannya yang terpacak dari pangkal batu yang tirus,” katanya.
Radzi berkata, batu berkenaan bersaiz sederhana besar dan kelihatan berdiri di atas batu lain dalam keadaan menegak.
Menurutnya, dia hanya sempat merakamkan beberapa gambar batu berkenaan sebelum ia terjatuh selepas dilanggar orang ramai yang memenuhi kawasan pantai.
Katanya, dia tidak tahu mengenai kewujudan batu berkenaan sehingga bertindak menyuluh kawasan pantai yang gelap sebelum terkejut melihat batu-batu itu dalam jumlah yang banyak.
“Saya tidak menolak mungkin ia adalah kejadian aneh yang pertama kali berlaku di kawasan ini, namun tidak mengetahui siapa yang melakukannya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
GAMBAR BIASAN Panas...!!! Memang Panas...apabila Eskay sendiri telah membuat kenyataan yang beliau dan Anwar memang berada disitu. E...
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Harap belajar je tinggi tapi kebodohan tu nampak jelas ketara apabila anak Anwar ni membuat ulasan mengenai penurunan cukai pendapatan...
-
Apabila video seks Anwar part 1 didedahkan, Kak Wan meraung marah mengatakan bukan Anwar. "Itu bukan Anwar", kata Wan Aziz...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
3 comments:
opocot!! terkejut i
apa nak heran ... kuasa allah boleh buat apa saje... tak pelik pun
Atau ada budak2 nakal nak gemparkan orang kampung..
Post a Comment