PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, February 8, 2012

PANGSAPURI BERGEGAR DI SHAH ALAM...!!!

ROSAK...bumbung bertaburan selepas ribut di kawasan Pangsapuri Teratai, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.
Lebih 100 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Melur, Cendana, Melati dan Teratai di Seksyen U16, Bukit Subang, di sini, terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara selepas kejadian ribut ketika hujan lebat semalam.

Mereka yang dipindahkan itu membabitkan keluarga yang kebanyakan penghuni di tingkat atas empat pangsapuri itu. Mereka dipindahkan ke surau di pangsapuri terbabit, selain mangsa yang tinggal sementara di rumah saudara masing-masing.



Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, lebih 20 kenderaan milik penduduk mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang.

Seorang mangsa yang sarat mengandung, Roshidah Daud, 35, berkata dia tidur bersama anak bongsunya berusia dua tahun apabila dikejutkan anak sulungnya memberitahu hujan lebat dan angin kencang.

“Saya bangun dan terdengar bunyi bising sebelum mendapatkan semua anak-anak yang masih kecil untuk berkumpul dalam satu bilik.

“Ketika itu saya lihat bumbung rumah saya terangkat sebelum ia jatuh semula dan rumah bergegar.

“Saya memeluk erat semua anak sambil memohon kepada Tuhan supaya kami selamat,” katanya ketika di temui semalam dan masih ketakutan.

Sementara itu Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang meninjau tempat kejadian berkata, kejadian berlaku singkat dan kali pertama di kawasan itu.



“Ketika ini, mangsa terbabit bermalam di surau berdekatan serta rumah saudara-mara mereka. Jumlah kerugian mungkin mencecah ratusan ribu ringgit dan kami cuba mencari sumber untuk menyalurkan bantuan kepada mereka,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihak bomba dan penyelamat menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian ribut itu jam 3.52 petang “Sebanyak dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan anggota seramai 11 orang.

“Ketika bomba tiba di lokasi, hujan dan ribut sudah reda dan anggota memotong pokok serta membersihkan kawasan terbabit,” katanya.


- SUMBER MyMETRO

3 comments:

Anak Lenggong said...

Jom sesama ramaikan didalam program bersama Najib di Sikamat NS pada hari jumaat ini.

Unknown said...

Ujian dari Tuhan. Harap bersabar.

NURUL IZZAH TAK BERANI ANGKAT MUKA DEPAN PENDUDUK PPR!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Ahmad Shukri Mokhtar said...

kalau tempat kejadian itu adalah Dun BN dah tentu N.ajis kata Allah turun bala, tp persoalannya siapa AHLI PARLIMEN nya?

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...