PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, February 7, 2012

KERAJAAN NEGERI KEDAH DISAMAN KERANA INGIN MEROBOHKAN SURAU..!!!


Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, pada Isnin menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes saman yang difailkan oleh anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu dalam kamar untuk membolehkan semua pihak mengemukakan afidavit sokongan mereka bagi kes berkenaan.

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Jan bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Dalam writ itu, beliau memohon supaya diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 4 Julai lepas untuk membenarkan pemaju membayar pampasan kepada MAIK bagi tanah wakaf yang diperoleh itu.

Beliau turut memohon perisytiharan bahawa keputusan MAIK pada 21 Jun tahun lepas bahawa surau itu perlu dikekalkan demi manfaat anggotanya adalah sah dan mengikat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jamludin berkata surau itu dibina pada 1909 di atas tanah kepunyaan keturunan seorang yang bernama Hajah Aisyah sebelum diserahkan kepada MAIK sebagai tanah wakaf khas.

Beliau mendakwa Jawatankuasa Fatwa membenarkan pemaju untuk membayar pampasan bagi tanah itu kepada MAIK, dan MAIK bertanggungjawab untuk mencari tapak gantian.

Pemaju juga dikehendaki membina surau berasingan daripada pusat beli-belah itu atau di tingkat bawah premis berkenaan.

Jamludin berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa itu menyebabkan pejabat tanah daerah mengarahkan jawatankuasa surau supaya mengosongkan tanah berkenaan.

Beliau diwakili oleh peguam Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman.

- BERNAMA

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...