PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, December 5, 2011

USTAZ BUDAK PAS JAHIL AGAMA DAN FANATIK DEWAKAN PEMIMPIN



Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Nik Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad.

BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

3 comments:

Mohd said...

Kalau PAS diamkan saja perkara ini, maka orang Melayu akan menganggap yg semua ahli2 PAS bersubahat dgn budak bodoh itu dan sama2 menjadi kufur.
Habislah peluang PAS di PRU13 nanti!

Anonymous said...

Pas tidak akan bersuara sekiranya apa2 isu menyebelahi kpd mereka walaupun boleh menyesatkan...

Anonymous said...

alim ulamak mereka sendiri pun x tegur kesesatan yg dilakukan oleh pengikut mereka malah dibiarkan/disokong....

Pas sudah menuju kesesatan..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...