NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, December 14, 2011
KERAJAAN SELANGOR KHALID KENA BANTAI LAGI...!!!
Setelah tidak mendapat perhatian daripada kerajaan negeri, lapan pembeli pangsapuri kos rendah Taman Botanic di sini yang didakwa ditipu oleh individu yang mengaku Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar tampil membuat laporan polis hari ini.
Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini bagi meminta pihak berkuasa itu menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu berkenan yang dikenali sebagai Haji Mohd. Yatim Abu Bakar.
Pengerusi jawatankuasa bertindak pembeli berkenaan, Mohamed Durrani Izam berkata, laporan polis itu diharap dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pembeli berkenaan.
“Tidak ada cara lain lagi bagi pembeli mendapat keadilan mereka dalam soal ini. Kami mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.
“Sebelum ini, kerajaan negeri ada menyatakan untuk membantu menyelesaikan masalah ini tetapi sampai ke hari ini tiada maklum balas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini, hari ini.
Mohamed Durrani berkata, bulan lalu pihaknya mendapat jaminan daripada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini kerajaan negeri belum melakukan apa-apa tindakan bagi membantu pembeli terlibat.
Pada 8 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 650 pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri ini terpaksa berputih mata apabila orang tengah bergelar Haji Mohd. Yatim yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.
Apa yang menyedihkan pembeli malang terlibat, pangsapuri kos rendah tersebut sudah siap, tetapi sehingga kini proses penyerahan kunci kediaman tersebut gagal dilakukan.
Berdasarkan surat tawaran yang diberikan kepada mereka, pembelian pangsapuri kos rendah itu melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia di Selayang, Taman Botanic, Taman Harmoni di Balakong dan Taman Cheras Intan di Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.
Malah, kesemua pembeli turut membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,100 kepada Haji Mohd. Yatim dan mereka tidak meragui kesahihan transaksi jual beli rumah tersebut kerana individu itu telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
SUMBER KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...


2 comments:
SALAM BRO, APA NAK JADI SELANGOR SEKARANG TU...PASAL TU TUANKU SULTAN ASYIK MARAH JER...MACAM KENA SUMPAHAN JER NEGERI SELANGOR, LEPAS SATU..SATU BALA DATANG PADA RAKYAT.
Undilah pembangkang lagi. Padan muka. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Berfikir guna kepala lutut, bkn guna akal. Inilah hasilnya.
Post a Comment