
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, December 31, 2011
JANGANLAH BIAR DIRI KITA DIPERBODOH ANWAR...!!!
Pergerakan Pemuda MCA Negeri Selangor menyeru anak-anak muda khususnya di Selangor ini menolak segala usaha jahat pihak pembangkang dalam Rancangan 901 kerana ia lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan kepada rakyat 1Malaysia, ujar Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon.
"Kita kena lihat dengan jelas, kita kena pastikan agar kita jangan dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim khususnya dalam keadaan sekarang bila Anwar berusaha untuk membebaskan dirinya dari perbicaraan kes liwatnya, kerana ia akan merosak dan membinasakan keharmonian Negara ini.
Keamanan dan keharmonian Negara amat penting. Kita nak pastikan tiada pemimpin sebagaimana di Israel, di Thailand dan di beberapa Negara lain yang menghancurkan keamanan Negara dan seterusnya merosakkan keharmonian dan ekonomi Negara itu sendiri," ujarnya kepada UMNO-Online ketika ditemui di Karnival Sayangi Selangor sebentar tadi.
Beliau berharap agar rakyat memberikan peluang kepada kerajaan untuk menjaga keamanan dan persoalan Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, bukan tanggungjawab rakyat sebaliknya biarlah mahkamah membuat keputusan, jangan biarkan diri kita terperangkap dengan dakyah pembangkang kononnya kes liwat Anwar ini sebagai satu lagi 'Konspirasi Politik'.
"Saya rasa masa untuk kita sekarang ialah menjamin keamanan Negara. Lihat sahaja penipuan dan sandiwara 16 September, berapa ramai orang dah kena tipu. Hari ini kita lihat di Selangor, apa yang terjadi sama juga, mereka tidak dapat menjamin kesejahteraan negeri Selangor dan kita boleh lihat banyak pergolakan yang terjadi dalam pakatan pembangkang ini
Pakatan ini hanya sekadar satu pakatan dan bukannya satu perikatan. Satu pakatan yang hanya wujud untuk menang pilihan raya umum, kalau nak menang pilihanraya mereka terpaksa berpakat-pakat. Jadi jangan biarkan diri kita terjebak dengan pakat-pakat rancangan jahat mereka ini demi kesejahteraan kita bersama," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha MCA Negeri Selangor.
-MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggu...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
No comments:
Post a Comment