NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, November 8, 2011
MARINA MAHATHIR AKAN SAMAN TV3..??
Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyaman jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.
“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.
Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.
Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.
Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.
“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.
“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.
Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.
Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.
Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.
“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.
“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.
“Jaga-jaga, TV3”, tegasnya.
Hebat betul sehingga ingin menyaman TV3, jika masa perasmian 2 tahun dulu masih ada yang telepas pandang akan hal ini, berkemungkinan sekarang ada diantara mereka telah tersedar akan kegiatan sebegini. Sebaiknya gejala sebegini tidaklah dikumpulkan sehingga mengadakan pesta, untuk memberi semangat yang bagaimana..??
Jikalau mereka ini dikumpulkan untuk diberikan nasihat agar menyedari kesalahan masing-masing adalah jauh lebih baik dan amat berguna diadakan selalu. Sepatutnya golongan sebeginilah yang seharusnya dihindari oleh sekelian bangsa agar tak merosakkan agama terutamanya beragama Islam.
Perkara golongan sebeginilah seharusnya dijauhi agar tak merosak akhlak agama Islam dimata orang awam. Inikan lagi dibawa berkumpul beramai-ramai, apakah maksud sebenar perhimpunan ini diadakan..??
Nak merosakkan lagi ataupun nak perbaiki kelemahan mereka, lebih-lebih lagi yang beragama Islam tu. Haruslah dibawa kelandasan yang betul kembali. Apakah tuuan sebenar ianya diadakan..??
Kalau beragama Islam tu, bawa gi masjid dengar ceramah dan kaunseling lagi banyak faedahnya...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
7 comments:
susah makhluk2 ni..ni yg jd bile kepala otak diorg sakit nk bezakan 'kebebasan dan hak' dgn agama..
macam2...bro...
Suruh Marina tu rujuk para ulama jangan pandai-pandai sendiri je. Kaum yang di iktiraf dalam islam khunsa saja tapi mesti juga buat pilihan muktamad. Hak apa yang dia nak untuk homo dan lesbian hak individu dalam undang-undang semua sama. Yang pasti nabi tak mengaku umat. Kalau betul nak cari kebaikan untuk mereka buatlah perjumpaan dengan ustad2 sampai mereka semua bertaubat.
woi penyokong2 LGBT celaka!!!
korang minoriti ke, korang manusia ke, korang ada hak ke...aku peduli apa? sebab dah sah2 korang SONGSANG!!! kalau korang sedar diri korang SONGSANG, maka mulai hari ni korang kena hidup cara songsang boleh tak??
maksud aku, korang berjalan dengan tangan...boleh tak?
atau korang makan melalui dubur dan berak melalui mulut??? boleh???
kalau boleh silakan...maka korang layak songsangkan diri. takkan nak songsang yang sedap2 je? itu namanya bodoh lagi munafik!!!
tapi kalau tak boleh hidup secara songsang total, baik korang insaf cepat!!! hehehe
Adakah mereka yang menyokong kerja gila aminga ini mereka yang mengamalkan sek sesama jenis atau lebih tepat golongan lesbian kerana kalau bukan golongan lesbian mengapa sampai mengamuk sakan. Kalau lah itu tabiat mereka, kepada yang beragama islam bertaubatlah.. kepada marina kesian tengok mahathir kerana selama ini saya menrupakan orang yang mengagumi dan menghormati beliau tetapi apabila anak sendiri tidak menghormati bapa sendiri kini saya merasa tawar untuk menghormati mahatihir kerana ibarat hanya pandai menasihati rakyat tetapi untuk mendidik anak sendiri tidak mampu apalagi untuk menegur adakah mahatir terlalu takut dengan anak-anak beliau tetapi lantang bila menghentam orang lain mahu di negara mahupun luar negara..tetapi tunduk kepada putri sendiri, bagaimana orang lain akan menghormati mahathir lagi.
to mat jambul...
zaman nabi Nuh A.S.. dia menyeru seluruh umatnya menaiki bahtera agar mereka semua selamat daripada banjir besar... ramai yang tidak menurutinya termasuklah anak2 dan isterinya...
FIKIR-FIKIRKANLAH...
Kalau betul nak kembalikan puak2 yg sudah terbabas kembali ke pangkal jalan, bincanglah dgn kerajaan utk tubuhkan pertubuhan yang berdaftar yg betul2 nak bantu macam pertubuhan yg lain spt pemadam, pengasih dan banyak lagi. kenapa perlu diadakan pesta seperti itu yg entah apa niat dan tujuanya.
Post a Comment