NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, October 17, 2011
PROFESOR BAHALOL SAMAN UTUSAN...!!!
Pakar perlembagaan Prof Serba tau si Abdul berkata akan menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama. Sebab donggengnya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataannya.
"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa yang baru seakan sedar akan kesalahannya.
Madah berhelah itu disuarakan diakhbar utama lidah puak pembangkang dikuasai Pakar Kelentong Rakyat. Profesor serba tau ni, pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
Profesor X ni berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya sebagai ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor falsampah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.
Profesor X sebenarnya telah memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda. Sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Profesor serba tau Aziz mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat terlalu angkuh dan biadap.
Seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Profesor X Abdul Aziz ni akan berdiam diri, pasti...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
GEMPAR: WIKILEAKS BONGKAR KEKAYAAN HARTA ANWAR IBRAHIM..?? Satu lagi pendedahan duit rasuah Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan yan...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
FAKTA YANG MENGEJUTKAN..!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaj...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuha...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Adakah PM Najib sedar bahawa rakyat Penang masih tidak mahu menerima BN sebagai pemerintah mereka..??? Rakyat Penang masih hanya mahu ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
1 comment:
prof cap ayam ni? baca kat kembara politik ni. rau la dia ni macam mana. memang kaw kaw kena bantai dengan blogger ni.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/bubar-dun-lain-hulu-lain-parang.html
Post a Comment