PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, October 19, 2011

PAS KRITIK HIMPUNAN SEJUTA UMAT...!!!



Pemuda PAS perlu mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu etnik menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Mereka berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh,” kata Mustafa selepas sidang media Pakatan Rakyat.

PAS pusat akan membuat pendirian sama ada akan menyertai kempen Himpun ataupun sebaliknya malam ini.

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Pemuda PAS berkata pihaknya menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak,” kata Nasrudin.

Dr Rani yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sidang media bahawa biro politik akan melihat sama ada terdapat agenda politik di sebalik penganjuran Himpun.

“Ya, anda mesti mempertahankan akidah anda tetapi tidak harus bertindak tidak adil ke atas kepercayaan-kepercayaan lain. Ketegangan kaum tidak harus dicetuskan,” kata beliau.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, PAS akan mengetuai isu itu dan perikatan akan membuat keputusan akhir selepas pertemuan biro politik komponen tersebut malam ini.

“Kami sedang mengumpulkan maklumat sama ada terdapat pembabitan Umno. Adakah mereka benar-benar mempertahankan akidah? kata Ketua pembohong PR ini.

Beberapa jam sebelum sidang media itu, penganjur Himpun menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain.

Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut.

“Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.

“Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan, itu tidak mewakili Himpun,” kata beliau dalam satu kenyataan.

5 comments:

Anonymous said...

Sikap ego pemimpin PAS bermula di Seksyen 19 Shah Alam berkaitan isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam. Semasa BN berkuasa kuil sudah diarah pindah ke Sek 18 th 2003 tetapi pihak kuil enggan pindah. Ramai tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi PANAS pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit. Th 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas th 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Tahun 2005 semua setinggan dipindahkan. Pd tahun 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT. Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai kuil disambung lagi. Pada 28/07/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada Biro pengaduan Awam JPM dan BPR kerana kuil sudah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk bertahun2 minta kuil pindah jadi sia-sia. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, kata mereka dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil. Aktiviti kuil bertambah hebat mereka semakin berani mengganggu ketenteraman awam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keramaian bergendang semakin kerap pada Julai 2008. Mereka mula bergendang ketika azan Maghrib hingga ke tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh. Banyak masalah sampingan bila mereka berkumpul ramai dikuil itu. Bila ada upacara pemujaan kawasan penduduk dipenuhi asap jerebu kerana unggun api besar dipasang, bau kemenyan sangat kuat. Aduan demi aduan tiada tindakan. Pada Dis 2008 gangguan kuil semakin kronik penduduk minta bantuan NGO. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 08/01/2009. Depan mata penduduk dan penguat kuasa MBSA Khalid bela Hindu kuil. (semak Minaq-Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil). Pada 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Sek 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Artikel itu tersebar luas dlm blog pro PR pada Jan 2009. Ramai pembaca blog puji Khalid kerana membela kuil Hindu. Pada 12/01/2009 artikel Undang2 DS dan BN Khalid tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/08/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk tinggal berhampiran kuil. NGO disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu. Ogos 2009 TV Selangor siar sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Sek 19 ke Sek 23. Logikkah UMNO dituduh menimbulkan ketegangan di Sek 19?. Sikap Khalid Samad sering menyalahkan pihak lain tetapi kesilapan dia sendiri yang menyebabkan kemelut penduduk Sek 19 berpanjangan. Hindu kuil tidak peduli sensitiviti penduduk Islam. Kenapa Khalid tidak persoalkan kenapa mereka mengganggu ketenteraman kawasan masyarakat Islam?

Anonymous said...

Sambungan
Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?.Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan Selangor, BPR dan Biro Pengaduan JPM?. Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula?. Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak membantu penduduk Islam?. Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk hadapi risiko dan situasi yang sukar dikawasan sendiri. Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Mereka anggap penduduk sekitar seperti pekak belaka. Majlis kenduri penduduk diganggu bising. Bulan Nov dan Dis 2008 ganguan menjadi2. Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan seperti kumpulan dikir barat. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang bersebelahan kuil mengurangkan sedikit masalah penduduk. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kepada AJK masjid kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23. Penduduk bantah kuil besar dikawasan tapak satu ekar dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan. Laporan MTEN yang disediakan MBSA Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil, pihak polis menasihati pihak Majlis pindahkan kuil Sek 19. Bantahan penduduk Islam Sek 23 juga ditulis dalam laporan itu. Kenapa mesyuarat pemindahan kuil tidak ada wakil penduduk Sek 23?. Kenapa wakil rakyat tidak menjaga sensitiviti penduduk Islam? Kenapa bantahan penduduk tidak dipedulikan tapak kuil pula dipagar. Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada 26/7/2008 Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa tidak ada tindakan serius kedua-dua wakil rakyat selepas aduan dibuat?. Malah gangguan semakin gawat hingga Dis 2008 sehingga penduduk terpaksa minta bantuan pihak luar. Demo kepala lembu jadi isu Negara. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor. Penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. Kenapa pihak kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam dibela?.Adilkah jika NGO dan penduduk Islam saja yang dipersalahkan?..Dalam risalah tulis Keadilan Untuk Semua. Wakil Rakyat Shah Alam menyembunyikan fakta sebenar bantahan penduduk.Islam. Janji pemimpin kepada penduduk pemindahan kuil selesai Nov 2010 tetapi sampai hari ini kuil masih disitu juga.

Anonymous said...

http://www.khalidsamad.com/2009/09/
FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Labels: Islam, Isu semasa, Shah Alam

Anonymous said...

kalau pas tak datang sahhh la bahawa pas la yg promote supaya melayu jadi kristian....

PenganutPAS said...

Perhimpunan BERSIH bersama Ambiga - PAS sertai. Anytime..anywhereback

PAS up gereja DUMC.

PAS pentingkan politik dari agama

PAS pentingkan undi dari akidah.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...