PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, September 26, 2011

NIK AZIZ DAN HUKUM HUDUD ANWAR...!!!?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut. Pelaksanaan hukum tersebut tidak mencabuli hak-hak orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan orang Islam selain jaminan terhadap pentadbiran yang adil.

"Buat masa ini, secara am, pada dasarnya, saya percaya ia boleh dilaksanakan,'' katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, Dr. Mahathir mendakwa, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud).

"Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," kata Dr. Mahathir.

- UTUSAN MALAYSIA

Apa yang menghairankan, kenapakah diwaktu ini pula Hudud ingin dilaksanakan..?? Diwaktu kemuncaknya pembongkaran video seks Chinna doll dikaitkan dengan Anwar ketua pembangkang.

Adakah kerana inginkan 4 saksi juga. Bukankah bahan bukti menjadi benda penting didalam sesuatu kes untuk menyelesaikan penyiasatan.

Cuba dengarkan petikan video dibawah dan fahamkan..!!!


No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...