PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, September 25, 2011

MB AZIZAN MENJADI PENGHALANG KEMAJUAN DIKEDAH..!!!



Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau membuat saranan supaya Datuk Seri Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kerana melihat pemimpin itu tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat.

Sehubungan itu, kata Mukhriz apabila saranan berkenaan dilakukan dengan mencadangkan tempat Azizan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, ia bukanlah berunsur peribadi.

“Kedah maju secara berperingkat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun kemajuan ini terhenti apabila Pas mengambil alih negeri ini.

“Pemimpin mestilah seorang yang bukan baik hati sahaja, namun dia mesti ada tenaga serta wawasan untuk melakarkan sejarah baru untuk negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anak Kuala Kedah di perkarangan RTM.

Baru-baru ini, Azizan meminta Mukhriz tidak menjaga tepi kain orang lain apabila menyuarakan pendapat agar Azizan melepaskan jawatan. Menurut Mukhriz, seorang pemimpin yang baik juga perlu pandai menjana pendapatan untuk kemajuan negeri dan memahami masalah rakyat.

“Malangnya ciri-ciri ini saya tidak nampak ada pada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kedah yang ada pada masa kini. Saya kecewa melihat sumber-sumber serta aset yang ada di negeri ini tidak dimajukan dengan sempurna oleh mereka (pemimpin kerajaan negeri),” katanya.

Tambah beliau, ahli-ahli UMNO Kedah juga terdiri daripada golongan profesional dan bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa sahaja demi rakyat.

“Azizan kata ahli UMNO tak ramai yang profesional jadi kita tunggu sahaja pilihan raya umum nanti untuk lihat sama ada ahli UMNO ini profesional atau tidak,” jelasnya.

- UTUSAN MALAYSIA

2 comments:

Anonymous said...

apa yang Mahathir Khalid dah buat dengan negeri Kedah..semua adalah hasil tinggalan dari pemerintahan BN

Anonymous said...

Memang x dak apa yang dia buat, tapi dia baik hati.
mana korang nak, pemimpin yang makan komisen ratusan ribu, tapi bawak masuk pelaburan atau peluang niaga berbilion atau pemimpin yang tak makan komisen atau rasuah tapi x bawa masuk apa-2 bisnes atau senang cakap x buat apa2 langsung?

ini bukan nak tuduh siapa2 tapi nak tau apa respon kita.

Buat anon 1:09 yang diatas tu, jangan buat kenyataan stereotype macam tu, bodoh namanya.
kalau ko ditangkap khalwat, boleh ko jwb, tu berpuluh org lain dok khalwat, kenapa x tangkap? agak2 ko boleh lepas? jwbnya dunia pun x lepas apatah lagi akhirat.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...