PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, September 6, 2011

KEDAI GAMBAR DIKELANTAN PERSENDAKAN AGAMA ISLAM...!!!



KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.

Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.

"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.

"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.

"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.

Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.

"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.


 - UTUSAN MALAYSIA

Berwaspadalah kita kepada bangsa asing yang tidak menitikberatkan kepada kesusilaan agama islam, ada individu saja berbuat demikian hanya sebagai gelak tawa mereka. Jikalau ianya sekadar kesilapan, kenapakah ada gambar keluarga lain juga dibuat demikian..??

Sememangnya ini adalah cubaan untuk memalukan agama islam, sekadar untuk dibuat bahan gelak kepada bangsa asing. Hati-hatilah semasa mengambil gambar pada masa sekarang, lebih-lebih lagi PAS yang langsung tak mengambil berat tentang hal-hal sebegini. Sebaliknya akan menyalahkan orang lain saja.

11 comments:

Anonymous said...

negeri serambi mekah je orang berani nak buat. sebab tok nik tak nak ambil tahu.

PasBodoh said...

inilah jadinya bila PAS berlembut dengan bangsa DAP..dah manja nak pijak kepala.

Anonymous said...

Padan muka korang. bulan sabit dan salib, apa bezanya?

Anonymous said...

sebab toktok nik dah bagi lampu hijau dan membela puak gereja lah maka gereja akan memartabatkan toknik di kelantan.. siapa suruh rakyat kelantan undi PAS dulu... hahaha

lepas ni kalau umno perintah kelantan pun akan jadi isu oleh kaum bukan islam sebab mereka anggap toktok nik dah beri lampau hijau pada mereka.. masaklah kelantan mujlai serkarang..

Anonymous said...

hasil daripada kristianisasi oleh PAStor Khalid gereja kepada pemimpin2 bulatan hamPAS, anasir tersebut telah meresap kedlm pentadbiran dan kegiatan ekonomi negeri kelantan...syabas dan take beer...Slogan 'NEGARA KEBAJIKAN BERMULA D GEREJA"

Anonymous said...

Heran,kita orang Islam kat sarawak ni yang minoriti tak pernah pula org kristian buat benda2 bodo cam org kristian kat sjung sana..kenapa ya?

PAS BINGAI said...

ini semua sebab PAS bacul yg kecut telur

Anonymous said...

kita lempang tauke kedai tu, lepas tu cakap sorry...boleh tak?

DODOL said...

Skit2 nak kaitkan dgn PAS. Bengong. Yg jahat2 buruk2 kt negeri UMNO xnak pula kaitkan dengan UMNO/BN. Kalu korang ado teluq nape xtulis je nama kedai? Lg 1, punyalah bnyk kedai gambar Melayu kt Klate, napelah g htr kt kedai Cina?

Anonymous said...

last2 ayat org pas sng je nnti.. kdai tu org umno punye..xcaya tgk la... keje nk menyalahkan org je...

Anonymous said...

bodohnya orang PAS, tu kan negeri serambi mekah konon kata Pok Nik

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...