PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, September 25, 2011

INILAH TABIAT SALAH SORANG PENYOKONG ANWAR LA NI..!!?



Kepantasan seorang bapa menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun daripada menjadi mangsa nafsu songsang seorang lelaki yang cuba meliwat anaknya itu dalam tandas sebuah surau di Seksyen 8, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun terkejut dimaklumkan rakan anaknya seorang lelaki tidak dikenali menarik tangan kanak-kanak itu masuk ke tandas surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik menerima aduan itu, bapa mangsa bersama adik iparnya bergegas ke surau berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan sebenar.

Sebaik tiba, bapa mangsa terdengar suara kanak-kanak menangis sebelum mencari arah punca suara tangisan itu. Ketika bapa mangsa menghampiri tandas, dia mengesyaki tangisan kanak-kanak di dalam tandas berkenaan adalah suara anaknya.

“Lebih membimbangkan pintu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan usaha bapa mangsa untuk membuka pintu berkenaan gagal,” katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang perkara buruk berlaku kepada anaknya, tanpa berfikir panjang bapa mangsa nekad menendang pintu tandas berkenaan beberapa kali sehingga terbuka. Sebaik pintu tandas berkenaan terbuka, bapa mangsa terkejut sejurus mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali dan anaknya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Sejurus pintu dibuka, anak mangsa menangis ketakutan kerana terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan yang cuba meliwatnya. Terkejut perbuatannya diketahui bapa mangsa, suspek nekad melarikan diri dan berlaku pergelutan antara suspek dan bapa mangsa sebelum dia dicekup,” katanya.

Bapa mangsa terus menghubungi polis sebelum sebuah kereta peronda tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman empat hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana cubaan meliwat.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...