PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, September 7, 2011

GEREJA BARU DI JOHOR UNTUK MURTADKAN ORANG ISLAM...!!!



Ia mengenai satu kegiatan gereja radikal dari Singapura yang mula menjalankan dakwahnya di tanah Semenanjung, dikepilkan juga satu surat bercop URGENT (Segera) untuk perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Tajuk surat dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam. Gereja itu menjalankan kegiatan agama dan mesyuarat penyebaran dakwahnya (evangelistic meeting) di sebuah hotel di Johor Bahru setiap pagi Ahad.

Gerakan ini ialah lanjutan daripada sebuah gereja radikal di Singapura, Victory Family Centre (VFC) (juga dikenali sebelumnya sebagai Calvary Charismatic Centre (CCC) pada 1990. Pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr. Rick Seaward (rakyat Singapura berbangsa Amerika) ialah seorang paderi yang radikal dan agresif berdakwah ke atas orang Islam.

Paderi kepada gerakan di JB itu ialah Paderi Jeremy Seaward, anak kepada pengasas VFC Singapura itu. Surat itu mendakwa, misi mereka ialah menubuhkan pusat itu di JB dan visinya untuk melebarkan kerja-kerja dakwah, khususnya kepada orang Islam di seluruh Malaysia.

Gereja VFC itu menukar namanya daripada CCC pada 1990-an setelah kerajaan Singapura menumpaskan kegiatan dakwah mereka atau evangelikal secara radikal terhadap orang Islam, yang dikhuatiri akan mengganggu keharmonian beragama di negara pulau itu.

Kerajaan Singapura kemudian mengeluarkan satu Kertas Putih (White Paper) yang menyebut Rev. Rick Seaward sebagai punca mengapa Singapura perlu meluluskan satu undang-undang baru yang berbunyi: ‘‘Akta Memelihara Keharmonian Beragama’' (The Maintenance of Religious Harmony Act).

BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

2 comments:

Anonymous said...

Terperanjat juga ana yang kerajaan Singapura boleh dan SANGGUP bertindak begitu tegas untuk melindungi keharmonian beragama di Negara kecil itu. Bagaimana agaknya bunyi Akta tersebut?

Ana ada juga ternampak sebuah bangunan kedai (tingkat atas mempamerkan nama pergerakan yang sama - nama lama - di Miri, Sarawak). Tetapi di sini ana rasa mereka banyak bergerak di kalangan Bumiputra bukan Melayu. Tetapi, sentimen yang menekankan Islam menjadi pengacau utama; bukan Komunis - merunsingkan juga. Ia boleh menimbulkan syak wasangka di antara agama. Bila masa pihak berkewajiban hendak bertindak - once and for all?

We are more liberal than what we thought we are...

Anonymous said...

wah, ini dah melampau!?

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...