PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, August 4, 2011

MB KHALID MAIN WAYANG POLITIK LAGI..!!!


Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono tidak menolak dakwaan kemungkinan MB, Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan arahan supaya beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan universiti itu.

Menurutnya, secara teknikal, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian kepadanya sebagai Naib Canselor.

“Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.

“Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Rosti mengulas peletakan jawatannya semalam yang berkuat kuasa hari ini kerana dipercayai ada kaitan dengan tekanan politik daripada pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Menteri Besar dalam kenyataannya hari ini memberikan alasan Rosti turut terlibat dalam perbincangan mengenai kedudukan tiga pegawai berkenaan dan beliau mengetahui keputusan telah dibuat, malah menandatangani keputusan tersebut.

Rosti berkata, beliau tidak setuju untuk menurunkan pangkat ketiga-tiga individu terbabit kerana sepanjang berkhidmat bersamanya, mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

“Kita perlu menilai setiap pekerja daripada apa yang telah dicapai mereka dan saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan ketiga-tiga individu ini serta tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai mereka daripada pekerja lain, malah mereka sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.

“Jika hendak tukar mereka ke jabatan lain sekali pun, ia mestilah bersebab. Jika seseorang itu tidak melaksanakan tugas yang baik atau dia boleh melaksanakan tugas yang lebih baik di tempat lain, itu kita boleh terima, tetapi sekiranya perkara itu berlaku secara mendadak dan tidak ada sebarang alasan kukuh, takut nanti orang salah anggap,” katanya.

Beliau percaya perkara tersebut perlu dibuat dengan adil bagi menjaga maruah pihak yang terbabit.

“Sebagai umat Islam kita kena hormat-menghormati di antara satu sama lain terutama pada bulan puasa ini,” jelasnya.

Rosti mula dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, beliau berazam untuk tidak menjadi ‘pak turut’ kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.

- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...