PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, August 5, 2011

KERAJAAN KHALID GAGAP SUDAH MULAI GANGGU PELAJAR SEKOLAH..!!!



Heboh betul la ni yayasan yang baru setahun jagung berada di bawah pentadbiran Kerajaan Khalid gagap, mengalami defisit RM7.41 juta setakat November 2010. Pada Mac lepas, MB Khalid gagap mengakui wujud kepincangan dalam pengurusan yayasan itu, termasuklah perbelanjaan tidak berhemah sehingga menyebabkan kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan pada November tahun lepas, mencecah hampir RM1 juta.

Sekarang ni pula, timbul rancangan merobohkan asrama pusat Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, dipercayai untuk memberi laluan kepada projek komersial...!!??

Alasan untuk memberi laluan kepada pembangunan memang bagus tetapi dengan melenyapkan satu legasi yang dibentuk sejak tahun 1970 lagi bukanlah alasan yang cukup bijak sehingga meninggalkan peranan utamanya yang berteraskan pendidikan.

Begitu lama, asrama tersebut – Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin, menempatkan pelajar Selangor dari sekolah-sekolah premier di ibu negara seperti Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Victoria, St. John, Convent Bukit Nanas dan Methodist.

Kalau boleh, carilah jalan lain yang tidak akan mengganggu pelajar yang bernaung di situ. Yayasan perlu memikirkan bentuk pembangunan yang berteraskan pendidikan, bukannya bermatlamat komersial semata-mata, yang berkepentingan kepada pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

Begini ke cara Khalid gagap memberi perkhidmatan untuk rakyat agaknya, sehingga mengetepikan pelajaran demi projek komersial..?? Bunyi macam proek nak masuk duit je..!!




1 comment:

Keris Jentayu said...

Kerajaan selangor dilihat sebagai penghapus pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan dahulu,atau mahu jual tapak tu untuk luna shutang mb dengan bank

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...