PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, August 4, 2011

6 KOMUNIS PSM MULA DIDAKWA SEKSYEN 48 (1) AKTA PERTUBUHAN 1966



Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj bersama lima lagi aktivitis Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkaitan pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan.

Selain Jeyakumar, 56, turut didakwa adalah Sarasvathy Muthu, 58, Letchumanan Aseer Patham, 49, Sukumaran Munusamy, 50, Saratbabu Raman, 25 dan Choo Chon Kai, 33.

Bagi pertuduhan itu, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda sehingga RM15,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka turut menghadapi pertuduhan alternatif iaitu dengan niat bersama memberi bantuan kepada pertubuhan haram Bersih 2.0 dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.

Bagi pertuduhan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Mereka turut menghadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini pada jam 3.30 petang, 25 Jun lalu.

- SUMBER METRO HARIAN

1 comment:

Anonymous said...

SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...