
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, July 12, 2011
SIDANG DUN SELANGOR BERAT SEBELAH..!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang, Abdul Shukor Idrus dari Barisan Nasional (BN) digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.
Speaker dewan, Datuk Teng Chang Kim membuat keputusan itu 3.15 petang tadi setelah Abdul Shukor ditegur berkali-kali untuk tidak berbuat demikian.
Insiden itu berlaku ketika Abdul Shukor membahaskan satu usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perhimpunan haram Sabtu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Tindakan itu menyebabkan kesemua ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan bersama Abdul Shukor.
Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan dewan, Abdul Shukor berkata, keputusan Chang Kim nyata berat sebelah kerana tidak mengenakan tindakan sama ke atas Nik Nazmi yang turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong semasa membahaskan usul itu.
“Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.
“Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?" katanya.
– BERNAMA
Sikap kurang ajar pakatan PR semakin melampau apabila sidang DUN melarang penggunaan nama Agong diperbahaskan didalm persidangan. Persoalannya, mengapakah mereka bertindak demikian.
Salah satu sebabnya sudah tentu sekelian rakyat pun tahu, sewaktu Ambiga dan rombongannya mengadap Agong sebelum perhimpunan haram dibuat, mereka telah diberi amaran supaya membuat perhim[unan didalam stadium.
Oleh kerana hati batu dan memang tidak mendapat sambutan di Shah Alam, mereka pun merancang untuk huru-harakan Kuala Lumpur sehingga orang ramai yang menghuni disekitar KL menjadi takut dan resah untuk keluar rumah diatas rancangan yang dibuat oleh puak pembangkang.
Hanya ingin menyuarakan pendapat mereka saja, pandangan orang lain tidak dipedulikan kerana juak pakatan haram ni berfikiran hanya mereka sajalah dipihak yang benar.
Agong telah menitahkan mereka agar jangan buat perhimpunan haram yang boleh merosakkan keamanan di Malaysia ni, tetapi puak pakatan haram kurang ajar ni terus menghiraukan titah Agong. Terang-terang telah membuktikan mereka ini amat biadap dan telah melanggar titah Sultan.
Oleh kerana sudah dalam ketakutan kerana telah melanggar titah Agong, mereka terus melarang persidangan DUN menyebut nama Agong. Tetapi apabila pihak mereka menyebut nama Agong, tidak pula dikenakan tindakan terhadap pemimpinnya yang menyebut nama Agong, sebaliknya hanya memerintahkan ADUN BN pula keluar dari dewan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Wah hebatnya laungan negara berkebajikan Nik Aziz, setakat cakap saja dan memang dah tak sedar diri, dah nyanyuk orang tua ni bila berkata...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram ...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
No comments:
Post a Comment