PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, July 18, 2011

HADI AWANG BERLAKON DRAMA SWASTA..!!!



Seperti yang sudah dijangkakan, Kerajaan Pas Kedah pasti akan tunduk kepada bantahan DAP untuk menarik balik keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu beroperasi sepanjang Ramadan.

Pakatan haram PR cuba buat drama pula, itu semua adalah sandiwara politik pakatan haram PR saja, kerana Pas Kedah sudah tahu keputusan yang dibuat akan mendapat bantahan daripada DAP.

Ini semua cuma lakonan politik kedua-dua parti itu, rakyat lebih tahu DAP mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Pas, DAP sebenarnya cuba menarik perhatian masyarakat Cina untuk menyokong Pas. Pas Kedah seharusnya memahami bahawa orang bukan Islam mempunyai pilihan untuk masuk atau tidak ke pusat hiburan sepanjang bulan suci itu.

Pakatan haram PR terus memantapkan lakonan mereka kononnya Kerajaan Pas Kedah bersedia menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang Ramadan nanti. Padahal memang dari dulu lagi keputusannya sebegini, hanya gimik nak memancing undi kaum cina, itu saja.

PAS pastinya tahu, apabila pusat hiburan ditutup, orang bukan Islam sudah tentunya akan marah, maka dengan itu hak kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan negara sudah dicabar oleh Pas. Itu sebab PAS main tarik-tarik tali, sebab nak dapatkan undi kaum cina. Macam-macam helah cuba digunakan..!!!

Cara PAS nak memancing undi, macam lakonan Drama swasta yang pasti akan ada heronya.

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...