
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 17, 2011
ANWAR TERUS KOTOR, NAJIB SEMAKIN BERSIH DI LONDON..!!!
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom yang berakhir semalam berjaya membuka lembaran baru terutama dalam hubungan politik dan diplomatik antara kedua-dua negara. Kepimpinan Perdana Menteri, David Cameron, yang menyedari hubungan dua negara diabaikan lebih sedekad semasa pentadbiran parti Buruh, mahu ia dipulihkan dan diberi nafas baru.
"Kerajaan campuran UK sekarang melihat lawatan ini sebagai berprofail tinggi dan memberi gambaran jelas mahu hubungan dipulihkan dan diberi suntikan baru," jelas Najib kepada wartawan Malaysia setelah mengakhiri lawatan rasmi empat hari, lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke negara ini.
Tiada lawatan rasmi dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepanjang 13 tahun pemerintahan parti Buruh dahulu. Perakuan tersebut, kata Najib, diberikan sendiri oleh Cameron yang mengetuai kerajaan campuran serta menteri-menteri kanannya yang melihat Malaysia sebagai penting dalam agenda kerja negara mereka.
Oleh itu, jelasnya, hubungan Malaysia-UK, yang mempunyai sejarah panjang dan asas yang kukuh dari sudut sejarah dan bidang-bidang tradisional seperti ekonomi, perdagangan dan pendidikan dapat diperkasakan semula.
Najib berkata, kedua-dua negara juga mendalami soal kerjasama keselamatan pertahanan serta tumpuan membanteras ancaman puak pelampau dan mereka yang boleh mencetuskan ancaman pengganas sama ada di kedua-dua negara ataupun keganasan di peringkat global.
Ancaman kepada keselamatan siber juga menjadi topik perbincangan pada lawatan ini kerana ia bentuk ancaman baru yang dihadapi oleh semua pihak malah ancamannya kepada UK sekarang amat serius, katanya. UK juga tertarik dan menyokong pergerakan kesederhanaan sejagat yang diketengahkan oleh Malaysia dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dalam memastikan keamanan dunia.
Perdana Menteri juga berkongsi pandangan dengan para pemimpin masyarakat Islam UK mengenai cara mana yang membantu memberi imej betul dan tepat terhadap ajaran Islam dalam usaha mengatasi Islamofobia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Memang tak berkenan betul dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang sepatutnya digelar Mat Sapu kerana main bedal ikut sedap mulutn...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Tan Sri Jins Shamsuddin berkata telah membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu,...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Video dibawah sekadar untuk mengingatkan kembali sejarah silam Anwar yang penuh dengan Konspirasi ciptaannya sendiri setelah beliau dibu...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
No comments:
Post a Comment