
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, June 26, 2011
SAMPAI BILAKAH ANWAR INGIN BERBOHONG..??
BUKTI paling penting isu rakaman video seks Anwar Ibrahim sudah masuk ke mahkamah kelmarin, dan 2 pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan pelakunya 99.9 peratus Anwar.
Terbukti, tiada sebarang tambahan yang diubah dan penggunaan super impose dilakukan terhadap rakaman video seks tersebut seperti yang telah digemburkan oleh "rekaan" pemimpin pembangkang yang pernah minta duit "pelincir" daripada Dato Trio.
Perkara itu terkandung dalam fakta kes di Mahkamah Majistret selepas trio ‘Datuk T’, Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bersalah tuduhan menayangkan secara terbuka video tersebut Mac lalu.
Dalam reaksi segera, pihak Anwar dan PKR, kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa orang dalam video itu bukan beliau. Memang sudah diangkakan ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri.
Penafian dan pembohongan sudah menjadi pakaian hidup golongan itu, tanpa mengemukakan bukti yang sahih dan nyata tetapi hanya menggunakan "air liur" saja dah cukup kuat bagi Pakatan Haram untuk dijadikan modal nak memutarkan kenyataan berlandaskan fakta.
Kalau bukan Anwar, apakah itu ‘hantunya’ atau kembar seperti dalam kisah filem..???
Dan seharusnya diingat oleh ahli Pakatan PR bahawa video tulen dan asal hanyalah berada ditangan pihak polis, persoalannya dimanakah Pakatan PR mendapat video seks Anwar yang dijadikan modal untuk memutar-belit kenyataan bahawasanya video tersebut telah menggunakan teknik kesan khas la, hanyalah mirip kepada Anwar la dan berbagai lagi donggengan yang dibuat oleh pemimpin yang pernah meminta duit "pelincir" daripada Dato T.
Boleh percaya ke cerita pemimpin yang suka meminta rasuah sebegini..??
Dalam zaman serba moden, masih ada pemimpin yang mahu berbohong walaupun bukti sudah kukuh. Kalau di negara lain, pembohongan sebegini tidak mungkin terjadi. Jika berlaku sekalipun, ia tidak bertahan lama sebagaimana yang terdedah dalam beberapa skandal baru-baru ini.
Di Turki, enam pemimpin pembangkang letak jawatan selepas skandal video seks mereka terdedah. Banyak lagi tokoh di serata dunia yang ambil prinsip kebertanggungjawaban selepas skandal terbongkar.
Yang bukti masih samar-samar juga berani mengaku dan berundur sama ada mereka dari agama Islam mahupun Kristian. Malah para penyokong dan sekutu mereka sendiri akan beri tekanan supaya meletakkan jawatan demi menjaga imej parti dan organisasi. Nilai moral tetap dijunjung dan mengatasi kepentingan politik.
Tetapi di Malaysia, ketua pembangkang sendiri berjaya main silap mata dan sedihnya, ramai yang terpedaya...!!!
Apa jenis pembangkang yang kita ada pun, tak tahu lah. Memalukan imej negara, umat Islam dan warga dunia. Mana ada di pelosok dunia, ketua pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan menipu terang-terang, boleh terus memimpin parti dan pakatan pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah.
Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, lingkup negara dan rosak masyarakat. Beliau boleh buat apa sahaja. Ulas panjang pun, buang masa.
Kita hanya mampu berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan penyelesaiannya. Selicik-licik manusia dan sehebat mana tipu daya serta hipokrasi, tidak mampu menghadapi ketentuannya.
Kebenaran pasti akan muncul, mampukah Anwar menghadapinya..???
Saksikan pembohongan Anwar KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Wah hebatnya laungan negara berkebajikan Nik Aziz, setakat cakap saja dan memang dah tak sedar diri, dah nyanyuk orang tua ni bila berkata...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram ...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
No comments:
Post a Comment