PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, June 13, 2011

PAS DAH TUKAR NAMA JADI PKS..!!!

Hala tuju baru parti itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar tahunan parti itu, baru-baru ini. Sekarang, sudah tercatat dalam dokumen sejarah Malaysia bahawa Muktamar PAS ke-57 menerima matlamat baru parti.

Sama ada perwakilan setuju atau tidak dengan matlamat baru itu akan diketahui kemudian sama ada melalui protes senyap daripada dalam parti atau secara terbuka pada pilihan raya umum nanti. Penerimaan perwakilan ketika berada di dalam atau di luar dewan, adalah berbeza.

Dalam dewan semua setuju kerana mahu mahu menjaga ‘air muka’ presiden, tetapi di luar dewan mereka mengatakan inilah akibatnya pimpinan yang tidak mempunyai daya intelek yang tinggi.

Jika dulu mereka menyertai PAS kerana begitu yakin parti itu bergerak atas landasan untuk menegakkan negara Islam, kali ini mereka terperanjat besar kerana diberitahu bahawa negara Islam tidak ada dalam al-Quran.

Ini bermakna hujah-hujah pemimpin PAS mengenai negara Islam dan tuduhan mereka kepada UMNO selama ini adalah khayalan dan rekaan sendiri.

Jika dulu mereka mengatakan landasan UMNO adalah berteraskan semangat nasionalisme manakala PAS pula Islam, ia sudah tidak boleh diterima-pakai lagi. Fatwa yang mereka cipta sebelum ini juga adalah mengelirukan, semata-mata untuk menjadi keuntungan politik.

Jika dulu PAS bergerak menghala ke arah timur, maka mulai 3 Jun 2011, parti itu berpusing kiblat ke arah barat pula. Untuk memudahkan cerita, perkataan Islam dalam parti itu sudah tidak relevan atau secocok lagi dengan PAS. PAS atau Parti Islam SeMalaysia perlu ditukar nama kepada PKS atau Parti Kebajikan SeMalaysia.

Landasan baru parti itu ialah untuk memperjuangkan sebuah negara berkebajikan. PAS menjatuhkan penarafan perjuangannya daripada membina sebuah negara Islam ke negara kelas lebih rendah. Jika pengikut PAS selama ini mempertahankan parti itu kerana perjuangannya terhadap Islam, mungkin mereka menjadi layu kerana matlamat parti sudah tersasar. Mereka tahu kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama membuat kebajikan.

Untuk menjadi negara kebajikan, negara itu mesti terlebih dulu menjadi kaya. Kalau negara miskin, ramai rakyatnya miskin dan negara miskin tidak boleh membantu rakyat miskin.

Semua orang faham, apa yang dilakukan PAS semata-mata untuk memenuhi desakan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang - DAP dan PKR. Ramai yang sudah memberi pandangan mengenai perubahan haluan PAS ini, terutama daripada perspektif politik.

Kenyataan Hadi ini perlu juga dilihat daripada perspektif kewartawanan kerana perkara yang dikatakannya itu mendapat tempat di ruang media, menjadi berita utama dan dianggap ‘berita besar’. Sebenarnya, dari segi ‘makna berita’, apa yang dicakapkan oleh Hadi itu adalah perkara yang kompleks, khasnya dalam masyarakat yang tidak dapat lari daripada lingkaran teori orientasi dan elemen sosial.

Kajian mengenai berita sama dengan melihat hologram berhubung perubahan imej PAS. Ramai faham PAS terpaksa berubah kerana matlamat perjuangan mereka selama ini tidak pernah berganjak dari tempat asalnya.

Terpulanglah kepada ahli PAS atau mereka yang selama ini bersimpati dengan parti itu sama ada masih mahu mendekatkan diri atau keluar dari parti itu. Membincangkan isu pendirian PAS, memaksa seseorang mengaitkannya dengan politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Sebelum melaksanakan negara berkebajikan sepatutnya PAS faham bahawa negara berkebajikan adalah konsep kerajaan yang mana negara memainkan peranan utama melindungi dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat.

Negara seperti ini berpegang kepada prinsip persamaan peluang, keadilan sosial, pembahagian kekayaan sama rata dan tanggungjawab awam untuk membantu golongan yang tidak berdaya. Penganggur juga diberi elaun. Sebenarnya, kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini lebih besar daripada negara-negara berkebajikan di dunia hari ini.

Ini termasuk menyediakan kemudahan pelajaran, kesihatan, pengangkutan, pembangunan bandar dan luar bandar selain keperluan asas lain untuk rakyat. Malah, ia mempunyai sebuah kementerian yang antara lain untuk membantu badan-badan kebajikan dan rakyat.

Badan korporat, badan bukan kerajaan dan sebagainya turut membantu dengan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat. Jika ada tragedi yang menyebabkan kerugian nyawa dan harta benda, rakyat yang lebih senang akan sama-sama membantu. Ini sudah lama dilakukan, bukan saja untuk rakyat negara ini, malah rakyat negara asing juga. Apa yang PAS lakukan untuk membantu rakyat dunia yang memerlukan?

Hari ini kerajaan BN berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Lebih tinggi pendapatan rakyat, lebih tinggilah sumbangan mereka kepada rakyat yang memerlukan. Sepatutnya PAS boleh mulakan negeri berkebajikan di Kelantan dan Kedah sebagai model negeri kebajikan. PAS juga boleh memaksa Selangor dan Pulau Pinang ikut langkah mereka, kalau mereka bersetuju.

Untuk menjadi negeri berkebajikan, pendapatan negeri mesti tinggi. Kalau tidak, bagaimana hendak membantu rakyat. Apa hasil Kerajaan Negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang..?? Mungkin Selangor mempunyai sedikit kelebihan tetapi jika pelabur berpendapat menanam modal di Selangor akan memaksa mereka membuat sumbangan besar untuk soal kebajikan semata-mata, mereka pun akan lari.

Pelabur yang menanam modal di sesebuah negara mempunyai model perniagaan, misi dan visi sendiri. Mereka serius untuk berniaga.

2 comments:

Fastabiqul Khairat said...

pembetulan=>,untuk jadi negara berkebajikan xperlu kaya..kebajikan xmestinya dgn duit...boleh check al-Baqarah ayat 172...zaman khalifah umar abdul aziz pun negara berkebajikan smpai perbendaharaan negara xcukup duit..xsemesti kita ni kena kaya bru nk buat baik,nk sedekah...ok..Allah janji Islam akan menang..!!!rugi lah sapa yg menyokong perkauman sempit yang sesat lgi menyesatkan..sesiapa yg menyeru kepada assobiyah(perkauman) maka dia bukanlah daripada ku(Hadith Nabi)...

QalamQabut said...

Dua kali juga aku baca artikel ini, perlahan-lahan, supaya faham, setakat upaya otak aku yang tumpul. Kesimpulan yang aku dapat buat (berdasarkan artikel ini) ialah alim ulama PAS tak habis belajar dan dalami Al-Quran. Baru sedar tiada negara Islam dalam Al-Quran, Hudud hanya secebis dari ajaran Al-Quran. Dan sebab tak habis belajar itu jugaklah PAS terpaksa mengubah pendirian dan pegangan, mengganti fatwa-fatwa lama, dan mengatur semula kehidupan mereka, memilih siapa yang boleh dan wajib mereka dampingi masa ini.

Syukur mereka sudah sedar akan kesilapan mereka dan berusaha untuk memperbetulkan diri. Harapan aku agar selepas ini hati mereka tetap dan teguh dengan pendirian yang mereka ambil ini. Jangan sekali lagi dikatakan mereka belum habis belajar.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...