PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 21, 2011

PARLIMEN MAHASISWA TEPAT PADA MASANYA...!!!


MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) menganggap penubuhan
Parlimen Mahasiswa tepat masanya dalam usaha membantu mereka melontarkan pendapat dan pandangan melalui platform sah serta diperakui.

Sambil menyifatkan penubuhannya membawa dimensi baru kepada golongan itu, Yang Dipertuanya, Iqbal Ismat Nordin berkata tiba masanya suara mahasiswa didengari tanpa prejudis selain memberi peluang mereka membina pengalaman baru.

“Selama ini, suara mahasiswa terhad kepada situasi tertentu hingga mereka hilang hak untuk menyalurkan pendapat.

“Menerusinya, mahasiswa bukan saja mendapat pengalaman baru dan mempelajari aspek perjalanan sebenar Parlimen, malah membina kemahiran serta jati diri.

ra mahasiswa terhad kepada situasi tertentu hingga mereka hilang hak untuk menyalurkan pendapat.

“Menerusinya, mahasiswa bukan saja mendapat pengalaman baru dan mempelajari aspek perjalanan sebenar Parlimen, malah membina kemahiran serta jati diri.


“Pendekatan ini sangat relevan dalam usaha melahirkan mahasiswa serba mantap sahsiah diri, berani serta bersemangat memperjuang pendapat.

“MPPUPM sangat menyokong penubuhan ini dan berharap mampu memberi manfaat sewajarnya,” katanya.

MPPUPM mengikut langkah Universiti Sains Malaysia (USM) yang menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform terbaik mahasiswa berdebat mengenai isu berbangkit.

Ketika ini, beberapa peringkat sedang dilaksanakan sebelum Parlimen Mahasiswa UPM berfungsi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Pada masa sama, MPPUPM turut menggalakkan mahasiswanya lebih aktif dalam
proses pencarian ilmu di menara gading sejajar dengan agenda utama MPPUPM untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan golongan itu.

“Antara fokus utama MPPUPM tahun ini ialah menaikkan lagi tahap penguasaan dan kecemerlangan mahasiswa bagi membantu institusi mengurangkan lagi jurang pengangguran di kalangan graduan.

“Antaranya dengan memberi lebih penekanan terhadap nilai sahsiah diri yang boleh memberi impak positif. Justeru MPPUPM sedang merangka pelbagai program untuk melaksanakannya.

“Kami berharap semua mahasiswa tidak hanya berpeluk tubuh menanti peluang diberikan sebaliknya perlu bangkit dan berusaha membantu diri sendiri. MPPUPM hanya membantu menerusi peluang diperuntukkan,” katanya.

“Pendekatan ini sangat relevan dalam usaha melahirkan mahasiswa serba mantap sahsiah diri, berani serta bersemangat memperjuang pendapat.

- PETIKAN METRO HARIAN

2 comments:

Anonymous said...

Parlimen mahasiswa tepat pada masa atau buang masa ! sembang kosong berangan lebih...

AJAI62 said...

Assalam Bro

Bukan tak setuju... esok2 budak Melayu syok sendiri.. pelajaran entah kemana... Bangsa lain juga yang terus kehadapan dan budak Melayu masih takat angan-angan Mat Jenin... Esok2 pegawai kat Universiti di gasaknya.. Sekarang ni pun budak Melayu banyak buang masa dari belajar...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...