PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 11, 2011

DAP PECAH BELAHKAN ORANG MELAYU PENANG...!!!


Ejen politik pilihan raya masjid

Kebimbangan banyak pihak berhubung anasir politik kepartian dalam pilihan raya masjid di Pulau Pinang ternyata berasas apabila kelibat ‘ejen’ parti politik tertentu sudah mula membayangi perjalanan pemilihan menjelang proses penamaan calon yang bermula esok.

Difahamkan, aktiviti lobi-melobi ejen parti politik dikesan sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pilihan raya berkenaan baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff ketika mendedahkan perkara itu berkata, sudah ada gerakan secara aktif untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu menjelang pilihan raya itu kelak.

Menurutnya, senarai nama calon yang dihantar kepada pejabat tadbir agama juga dibuat secara berkumpulan-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ada jawatankuasa kariah masjid menghubungi saya bahawa mereka ada hantar salinan nama-nama (calon) yang difikirkan layak, tetapi kemudian ada orang politik membuat senarai lain dan dihantar kepada pejabat tadbir agama.

“Sudah nampak ‘perlumbaan’ untuk menjadi calon, pihak yang menghantar ini pula orang politik. Bayangkan kalau setiap kumpulan ada senarai sendiri, tidakkah ia akan mengundang pergeseran nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Yussof berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar pergolakan dalam beberapa jawatankuasa masjid di Pulau Pinang ketika pemilihan secara terbuka dibuat pada sekitar awal 1990-an.

Ketika itu, katanya, pemilihan berlangsung tegang kerana prosedur yang lemah sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

“Sebab itu kaedah tersebut diubah dan digantikan dengan sistem pemilihan yang dilaksanakan pada masa ini. Kekecohan tidak mustahil boleh berulang, malah mungkin lebih teruk kerana prosedur pemilihan kali ini juga sangat longgar.

“Saya minta tolong, jangan untuk mentadbir rumah Allah pun kita nak bertelagah apatah lagi kerana politik. Cukup-cukuplah kita berpecah, jangan bawa sampai ke masjid. Mari cari jalan yang lebih sesuai demi kepentingan bersama,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Yussof berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu depan bersama kepimpinan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...