PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, June 12, 2011

ANWAR LAH PUNCA SEGALA BENCANA DIMALAYSIA..!!!

Tiga Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat(PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan PKR.

Bagaimanapun, ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang.

Mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Pengkhianat Negara, Anwar si PanglipurLara yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ibrahim Ali berkata, Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan, termasuk yang terbaru berkaitan video seks.

Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan si pelakon aksi yang meratah  
"China Doll" dengan rakusnya.

Zulkifli Noordin pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.

"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.


"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.

"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.


"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

memang dah tau sangat dah, orang tua tak sedar diri ni sejahat manusia. tapi apa tindakan rakyat malaysia untuk menghukum dia? atau nak biarkan dia terus bermaharajalela. kerana orang seusia dia tak akan bertaubat. dah tak ada masa untuk dia kerana memang dia tak sedar diri yang dia tu tua. masa lebih yang diberi oleh Allah diguna untuk aktiviti jahat dia. segala apa yang keluar dati mulutb dia tu hanya lawak yang dia sendiri akan ketawa dibelakang kita.

Anonymous said...

Memang Puaka Nuar ini termasuk anak bininya..Tapi apa boleh buat..Kerajaan sekarang teramat sopan-santun,lemah-gemalai dan berbudi bahasa dengan kaum lut ni..!!

Anonymous said...

Memang Puaka Nuar ini termasuk anak bininya..Tapi apa boleh buat..Kerajaan sekarang teramat sopan-santun,lemah-gemalai dan berbudi bahasa dengan kaum lut ni..!!

amoi said...

KAU ORANG LUPA PADA MANUASIA NAKA PAK LAH....DIA LA PEMULA MASALAH KINI...SURUHAJAYA UTK POLIS LEPAS TU..BELA PENJENAYAH.. HAK SAMA RATA , KEBEBASAN BERSUARA, KETERLUSAN..LAST SI BEBAL TU X LEH KONTROL.. DIA INGAT NAK DAPAT PUJIAN DARI NGO/PAKATAN/PIHAK AGEN ASING ..AHKIRNYA DIA TERSUNGKUTR..PELURU TERSEBUT DIARAHKAN KE JUBUR DIA.. TERPAKSA DI BERHENTIKAQN DARI JADI PM...JIKA TIDAK NEGARA KITA PRU 13 DI BAWAH PAKATAN JUBURI LA...

Anonymous said...

PAK LAH peruang bangsa Melayu apabila sebelum beliau mengundurkan diri dihapuskan ALONG, VCD HARAM, MESIN-MESIN KUDA yang melibatkan kaum cina.

Anonymous said...

Pakdolah ler punca barang naik sampai sekarang tak turun-turun, yang kaya raya pek-pek babi tu lah, melayu makin susah, pejuang bangsa kepala hotak ko

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...