
Pengerusi Persatuan Dewa Chee Heng Kong, Low Kong Nam, 43, berkata, ketika kejadian mangsa berseorangan menjerit setelah diheret oleh 4 lelaki memasuki kawasan hutan. Menurutnya, bagaimanapun mangsa dapat diselamatkan tetapi 4 penjenayah terbabit dapat melarikan diri.
Ditapak kejadian pula, kawasan semak telah dibersihkan terlebih dahulu seolah-olah rancangan jahat ini sudah dirancang. Malah, kejadian jenayah yang berlaku disekitar kawasan ini bukanlah yang pertama, tetapi pernah berlaku kejadian ragut dan samun sewaktu penduduk melalui jalan pintas disitu.
Jalan pintas yang digunakan itu sangat merbahaya kerana ia dikelilingi hutan dan semak, malah sangat berpotensi untuk berlaku kejadian seperti itu.
Oleh kerana itu, Program Gotong-royong "BERSIH" kawasan mencegah Jenayah dan Denggi di Prima Setapak anjuran BN telah diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Dewa Chee Heng Kong baru-baru ni.
Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah, Ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Wangsa Maju, Richard Lee dan penduduk Prima Setapak.
Kong Nam berkata, susulan kejadian, pihak persatuan telah mengusulkan perkara ini kepada BN Wangsa Maju dan DBKL supaya dapat mem"BERSIH" kawasan hutan seluas 0.16 hektar itu supaya terang serta mampu mencegah kejadian jenayah.
Mendengar permasalahan itu, Shafei berkata BN Wangsa Maju tidak melengahkan perkara tersebut sebelum kejadian yang lebih dasyat berlaku dikawasan itu.
Contohilah perhimpunan "Bersih" seperti ini untuk menitikberatkan hal ehwal keselamatan demi keamanan dan kesejahteraan penduduk di Malaysia ini.
1 comment:
Alhamdulillah...inilah perhimpunan yg benar2 BERSIH yg diredhai oleh Allah SWT, Insyaallah... besar rahmatnya jika semua perhimpunan spt ini dapat diadakan di seluruh pelusuk negara...selamat kawasan kediaman kita dari maksiat & jenayah...:-)
Post a Comment