PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, May 3, 2011

KETUA ANGKATAN PEMUDA KEADILAN KENA LEMPANG..!!!




Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima tamparan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut mengkritik tindak-tanduk mereka mencetuskan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masjid adalah tempat ibadat umat Islam dan sebarang aktiviti di dalam kawasan itu perlu dilakukan secara tertib.

"Saya tidak tahu dengan jelas mengenai kekecohan itu, tetapi kalau mereka (AMK) hendak berbincang, haruslah dengan cara yang terbaik.

"Salah satu perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam adalah mengimarahkan masjid dan penggunaan masjid itu harus tertib serta baik untuk tujuan bersolat, perkahwinan atau digunakan untuk mengadakan majlis angkat sumpah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Konvoi 2011 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Jumaat lalu, suasana di dewan solat masjid berkenaan yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi anggota AMK dan penyokong parti pembangkang.

Kekecohan itu berlaku selepas solat Jumaat apabila penyokong pembangkang termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengagalkan majlis lafaz sumpah laknat oleh Shazryl Eskay yang mewakili trio Datuk T bagi merungkai isu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Ekoran kekecohan itu, beberapa anggota polis terpaksa menenangkan keadaan.

- SUMBER UTUSAN MALAYSIA

9 comments:

mashuri said...

Mereka ni semua sejenis dgn babi hutan yg sesat kat bandar. main terjah main sondol aje tak kira tempat. puak2 bangsat ni semua jenis tak pernah jejak mesjid agaknya smpi sanggup mencemar kesucian tempat beribadat org islam.BODOH......yg teramat.

Anonymous said...

kalau dh budak hingusan nk buat camne. tu la fardu ain x belajar abis, apetah lg basic agama. Ni la keje bebudak cetek agama nk kceoh pun pegi la kt luar.

Anonymous said...

ada hindu mana tak tau turut sama2 masuk masjid buat macam tempat pesta, kalau dah zuhud sgt jgn sampai rumah Allah pun kau sondol ikut suka, aku bukan ahli BN tapi aku terkilan dgn perangai AMK ni buat malu orang Islam je, kau duduk rumah lagi senang konon2 nak memperjuangkan agama, buat la cara lain bukan mengamuk tak tentu pasal.

Anonymous said...

aku tgk pun malu dgn perangai budak montel ni, dah ketar tgn aku nak lempang je, tempat kita bersama sama masyarakat bersatu jadi tempat memecah belah orang Islam, bodoh tak bertempat, remang bulu roma aku tgk budak ni, kau buat la lain kali kat tempat lain IsyaAllah aku ada sana nak tgk kena ke tak kau lempang dgn aku, bagi sedar sikit. bangang betul sekolah tinggi buat habis duit mak bapak je.

Anonymous said...

Dlm blog pembangkang pun ramai yg marahkan SAM.
Ada yg kata SAM mungkin musang berbulu ayam..
Ada yg kata BN suruh buat....Eh macammana ni? Takkan SAM ikut arahan BN.
impossible...impossible...tapi dlm politik macam macam boleh jadi.
ENTAH LAH

Anonymous said...

Dia rasa kebal sebab loya katanya mungkin loya buruk kot mengaku cerdik tapi sebaliknya tak tau nak beza mana yang baik dan buruk memalikan....

Anonymous said...

sepatutnya janganlah kacau datuk eskay, jika datuk eskay menfitnah nwar yang allah nak laknat nanti datuk eskay bukannya kita, bukannya juga nwar. biarlah dia buatlah, berani dia buat berani la dia tanngung, yang kita nak sibuk pasal apa. sayang kat dia, tak kan kut, dia tu dah jadi musuh nwar. geng-geng umno pun tak pegi ke tempat dia nak buat sumpah muhabalah tu. sepatutnya geng umno la pergi sekurang-kurangnya bagi sokongan moral. kalau kita sayang kat nwar, orang nak sumpah laknat biaqpi la. kita tolong nwar dengan sembahyang hajat dan baca yasin selama 40 malam, minta allah laknatkan pelakun yang menyamar jadi nwar tu. nak suruh orang tahu bahawa kita memang nak tolong nwar dengan cara tu, buatlah macam eskay buat tu, hebohkan biar satu dunia tahu, jemputlah semua ulama dan buatlah macam yang saya cadangkan itu. kemudian serahlah kepada allah, kitakah yang benar atau eskay yang benar.

Anonymous said...

Jangan cakap aja, mereka mesti dikenal pasti dan dihukum!

Anonymous said...

JERUNG berkata : pelik sgt2 orang yang melakukan kebatilan terus d sokong dn sanjung, yang menegak kebenaran demi agama dan bangsa d serang dan d musuhi. mungkin inilah petanda hari kiamat telah mehampiri kita jadi sapa yang merasa dirinya ada melakukan dosa cepat2lah bertobat sebelum terlambat.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...