NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, May 11, 2011
BUKTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAMAK DAN RAKUS
Lebih kurang 100 penduduk Kampung Sungai Kerandang melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Kerajaan PR yang langsung tidak mementingkan kesusahan rakyat mendiami kawasan sekitar Bukit Tarik.
Operasi pembersihan Hutan Simpan Bukit Tarik mengundang kemarahan mereka kerana Kerajaan Negeri cuba merampas Tanah, hak dan maruah pendududk diatas arahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Kasani Kameran, 76, Ketua Kampung menjelaskan penduduk-penduduk berada dilandasan yang betul kerana setelah 40 tahun mendiami kawasan tersebut dan secara tiba-tiba Kerajaan Selangor merampas hak mereka.
"Dah 40 tahun tinggal kat kampung ni, hanya selepas bertukar pentadbiran Kerajaan tindakan itupun diambil dan jelas membuktikan Kerajaan PR memang zalim", kata Ketua Kampung.
Penduduk setempat beriya-iya membayangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menindas mereka, kerana telah diwar-war dan dilaungkan oleh Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan berkhidmat untuk rakyat marhein.
Tetapi itu semua hanyalah satu penipuan menurut Norsiah Sabran, 63, yang sedih apabila ada pihak mengambil kesempatan rakus merampas tanah yang diusahakan mereka sejak 43 tahun lalu bersama 4 adik-beradiknya.
Penduduk berkata notis pemberitahuan hanya ditampalkan dipokok-pokok dan pihak berwajib tidak pernah membincangkan secara rasmi mahupun mengadakan pertemuan bersama penduduk.
Persoalannya, dimana mereka semua nak tinggal kerana penempatan mereka telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang tamak dan rakus ni..??
Kenapa tidak berbincang dan membuat cadangan penempatan semula terhadap penduduk terlibat..?? Dan kenapakah nak disusahkan rakyat Selangor sendiri..??
Diminta rakyat Selangor membuka mata selepas ni, jangan tertipu lagi dengan agenda yang dibawa Pakatan PR kerana dipercayai untuk menambahkan pendapatan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri untuk mengekalkan pemerintahan tamaknya terhadap rakyat.
Berceramah kononya kesemuanya dilakukan untuk rakyat, sebaliknya merampas pula tanah rakyat dan menghalau penduduk terus merempat dan melarat..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
GEMPAR: WIKILEAKS BONGKAR KEKAYAAN HARTA ANWAR IBRAHIM..?? Satu lagi pendedahan duit rasuah Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan yan...
-
Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuha...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Adakah PM Najib sedar bahawa rakyat Penang masih tidak mahu menerima BN sebagai pemerintah mereka..??? Rakyat Penang masih hanya mahu ...
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
2 comments:
Ucapan Terima kasih diucapakan kepada sdr Kamal yang berteguh disisi orang kg tu..[kalau masih tak sedar lagi BN=perpaduan bangsa tak tahulah]..
'Sikap sudah terhantuk baru nak terngadah'..tu janganlah diamalkan.... banyak burok dari baiknya.Namun masih belu terlambat kehadiran KAMAL membuktikan kerajaan BN tetap prihatin.
dah nak kena roboh baru nak harap bn.
aku yakin waktu prk hulu selangor dulu, bukan semua yg undi bn pun dlm kampung tu..
nasi dah jadi bubur..
Post a Comment