NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, April 10, 2011
PKR PATUT BELAJAR MENDISPLINKAN DIRI DAHULU
PKR perlu mendisplinkan diri terlebih dahulu sebelum bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin kepada rakyat Sarawak, permasalahan yang berlaku dalam parti berkenaan membuktikan mereka belum layak untuk memimpin negeri "Bumi Kenyalang".
Ketua Logistik Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) Mukah, Cosmas Utal berkata kehadiran PKR ke Sarawak hanyalah untuk mencuba nasib mereka dalam kancah politik tempatan.
"PKR diibarat seperti orang yang pergi memancing, yang datang hanya untuk mencuba nasib, walaupun mengetahui kehadiran mereka masih belum dapat menambat hati masyarakat Sarawak terutama membabitkan masalah yang dihadapi mereka.
"Sebab itu saya kata mereka harus disiplin diri terlebih dahulu belum pancing hati rakyat, kalau kita tak berdisplin macam mana kita nak tambat hati orang, termasuk disiplin kan peribadi pemimpinnya serta masalah dalaman parti.
"Macam mana orang nak percaya, kalau kita sendiri ada masalah disiplin, nak bahagi kerusi pun tak dapat uruskan, macam mana nak uruskan negeri Sarawak, sebab itu PKR kena disiplin diri dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permasalahan yang dihadapi oleh PKR dan parti pembangkang terutamanya SNAP dan DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri ke 10.
Cosmas berkata, cita-cita PKR adalah untuk menjadi pemerintah di Sarawak, berikutan itu parti berkenaan meletakkan jumlah yang banyak untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini berbanding dengan rakan mereka dalam pakatan pembangkang.
"PKR ini bercita-cita terlalu tinggi, impian mereka ibarat jauh api dari panggang' baru sahaja berada di Sarawak sudah nak jadi pemerintah negeri, kononnya ingin bawa perubahan kepada rakyat Sarawak.
"Saya mengingatkan pemimpin PKR, sebelum mereka ingin membuat perubahan, mereka perlu buat perubahan pada diri mereka sendiri dahulu matang diri dahulu sebelum nak jadi pemimpin," katanya.
Menurutnya, suasana politik Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, rakyat Sarawak tidak mudah untuk dipergula-gulakan dengan janji-janji manis akhirnya merugikan rakyat sendiri.
"Cukuplah apa yang terjadi di Semenanjung, mereka ini hanya pandai bercakap tapi tidak mampu laksanakan, apa yang sudah berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, mana janji-janji dahulu, ini nak buat janji lagi di sini.
"Rakyat Sarawak sudah matang, walaupun masih kurang dengan pembangunan tetapi pemikiran mereka sudah jauh berbeza," katanya.
Beliau berkata, rakyat Sarawak berpuas hati dengan apa yang dinikmati sekarang dan banyak lagi pembangunan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat untuk Sarawak.
Video PRN Sarawak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
1 comment:
salam,,
perjuangan dalam pernulisan masih jauh,, harap tuan dapat link kan blogs matmalaya disini,,
http://matmalaya.blogspot.com/
Post a Comment