PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, August 20, 2013

OPERASI CANTAS PIHAK POLIS CAPAI MATLAMAT..!!!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan lebih 200 penjenayah yang terlibat dalam pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka ditahan selepas polis melakukan pemeriksaan mengejut di premis hiburan, sekatan jalan raya, pemeriksaan di restoran 24 jam serta lokasi-lokasi yang disyaki menjadi tempat penjenayah berkumpul.

Beliau berkata, polis tidak pernah berdiam diri apabila berlaku kes pembunuhan dan tembak menembak serta sentiasa menjalankan operasi memburu mereka yang terlibat dalam jenayah.

"Kebanyakan daripada mereka yang ditahan setakat ini didapati terlibat dalam kes jenayah berat seperti kongsi gelap dan pengedaran dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

PDRM mengambil langkah proaktif menubuhkan satu pasukan khas untuk menggerakkan operasi pencegahan jenayah di seluruh negara dengan melancarkan Ops Cantas Khas sejak kelmarin.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi PDRM semalam, operasi itu bakal diadakan di seluruh negara dan pada peringkat awal pelaksanaannya, kontinjen Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan merupakan perintis kepada operasi tersebut.

Khalid berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah dan siasatan lengkap akan dilakukan sebelum mengemukakan pendakwaan.

Katanya, menerusi akta ini, polis mempunyai kuasa untuk menahan mereka sehingga 72 hari bagi menjalankan siasatan dan pada masa sama, pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Peguam Negara untuk memasang alat elektronik kepada penjenayah.

Tambah Khalid, bagi kebanyakan kes tembakan yang berlaku, siasatan polis mendapati kejadian ini berpunca daripada faktor balas dendam selain faktor menerima upah untuk melakukan jenayah berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai Ops Cantas Khas, Khalid berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi berkenaan di seluruh negara bagi memastikan operasi itu mencapai matlamat.

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...