PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, January 8, 2013

MARI KETAHUI CARA KAMERA AES BERFUNGSI


Kita tahu bahawa memandu melebihi had laju dan tidah mematuhi lampu isyarat menyalahi undang-undang dan boleh mengakibatkan kemalangan tetapi ia tidak menghalang sesetengah pemandu daripada terus membahayakan nyawa mereka dan orang lain.

Matlamat utama perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah untuk mendidik dan mengubah sikap pengguna jalan raya.

Setakat kini, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Sebanyak 831 lokasi di seluruh Malaysia akan dipasang kamera AES apabila projek ini selesai.

Cara terbaik untuk mengatasi sistem ini dan mengelak daripada disaman ialah dengan memandu dengan cermat dan mematuhi peraturan. Setiap tahun, kira-kira 7,000 nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.

Berpuluh ribu pengguna jalan raya menderita akibat pelbagai bentuk kecederaan. Sebahagian besar berpunca daripada kerakusan pemandu kenderaan, mungkin kerana memandu terlalu laju, memotong sesuka hati dan pelbagai kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.

Selain faktor pemandu dan kenderaan, kemalangan juga sering berlaku di kawasan tertentu disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan jalan, cuaca dan sebagainya. Dilihat daripada lokasi kemalangan ngeri, sebahagiannya berlaku di tempat yang sama.

Di lokasi inilah kebanyakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dipasang bagi mengelak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.

BACA SETERUSNYA KLIK DISINI

Cara AES berfungsi...




Apabila seseorang pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan atau gagal mematuhi lampu isyarat, kamera AES akan merakam imej kenderaan tersebut.

Bagi kesalahan memandu melebihi had laju, kamera AES akan merakam imej bahagian hadapan kenderaan manakala bagi kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat, imej bahagian belakang kenderaan akan dirakam.

Imej yang telah dirakam seterusnya dihantar ke pusat kawalan AES untuk diproses.

SELANJUTNYA KLIK DISINI

2 comments:

Unknown said...

Oke nk tanya sekiranya kederaan kita bergerak 80km/h .. kederaan sebelah bergerak laju dlm 120km/h dlam masa yg sama kita ade disituasi aes....adakah kita pon kne skali...

AziziSA7 said...

Ya mungkin anda yg tertembak

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...