PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 9, 2012

LEBUHRAYA HUSAM POK NIK YANG DAH MASAM..!!!



Husam tidak menyebut secara menyeluruh berhubung perancangan yang akan dilakukan memandangkan beliau sendiri bimbang bakal menjejaskan usaha sama pihak terlibat dalam pembinaan lebuh raya tersebut.

 “Mereka ingat kita tidak mampu untuk siapkan lebuh raya ini, mereka ini tidak faham, kita bukannya kutip duit rakyat, malah kita juga mempunyai pinjaman RM750 juta yang akan dijelaskan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.

 Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah.

Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau.

Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.



Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.




Persoalannya, kemanakah duit peruntukkan yang telah diberikan kerajaan persekutuan semua ni..??

Kenapakah projek highway Husam harus berhutang sehingga 25 tahun sambil meminta rakyat mederma untuk menjayakan rancangan Husam..??

Banyak betul duit yang digelapkan oleh kroni PAS Husam dan kerabat Pok Nik yang lebih 20 tahun memerintah Kelantan.

Masalahnya sampai la ni adalah air yang bertambah macam air karat di Kelantan, tetapi lain pulak yang nak dimegahkan..!!!

Apa pulak yang nak dimegahkan dengan projek kat bawah ni..??

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...