PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, December 3, 2011

7,000 AHLI PAS KELUAR PARTI ANGKARA PEMIMPIN BAHALOL NI..!!!


Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.

Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.

Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.

Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

“Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi,” katanya.

Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.

“Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah,” katanya lagi.

2 comments:

Mohd Merdeka said...

Ramai lagi yang akan keluar parti PAS kerana bersenkongkol dengan DAP dan bertambai ramai orang-orang Melayu dan umat Islam tidak akan memberikan undi kepada PAS lantaran peristiwa demi peristiwa yang hanya membuktikan bahawa PAS hanya berminat kepada kuasa politik tidak kepada penyatuan dan perjuangan muuah.

Mohd Merdeka said...

Maaf saudara tuan blogger saudara semua ummah silap ejaan.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...