PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, August 3, 2011

INGATLAH WAHAI PR, 3 AKTA DARURAT MASIH BERKUAT KUASA




Sehingga hari ini, kerajaan masih belum memansuhkan tiga Proklamasi Darurat daripada empat yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka memandangkan ia masih relevan dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Proklamasi itu adalah Proklamasi Darurat 1966 di Sarawak, Proklamasi Darurat 1969 di seluruh Persekutuan dan Proklamasi Darurat 1977 yang diisytiharkan di Kelantan.

Proklamasi Darurat pada 1964 telah terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat 1969 sebagaimana yang diputuskan oleh ‘Privy Council’ dalam kes Teh Cheng Poh lawan Public Prosecutor (1979), mempersoalkan tindakan kerajaan pada 2 Julai lalu yang menahan seorang pemimpin politik pakatan pembohong serta lima ahli NGO ekoran perancangan mereka dalam perhimpunan haram jadah Bersih.

Menjawab persoalan itu, penangkapan kesemua enam individu berkenaan dibuat polis kerana terdapat bukti menunjukkan mereka terlibat dalam aktiviti yang boleh menganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Sebagai rekod, polis pada 2 Julai lalu mengumumkan telah menahan enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir-anasir subversif.

Berdasarkan maklumat dan risikan pihak berkuasa, penahanan enam orang itu mempunyai penglibatan dengan pihak dari luar negara. Kepada pakatan Penipuan Rakyat janganlah engkar lagi seperti orang bodoh tak reti undang-undang.

Belajar jika tidak tahu ataupun tidak faham, jangan berlagak macam orang pandai tetapi bodoh tidak mahu bertanya. Sombong lak tu, dah terkena baru nak belajar undang-undang..!!!

1 comment:

KIBAT68 said...

laaaa..berdasarkan maklumat risikan ruper nyrrr..unit risik yg mana bro?? SB,ATCK atau FLOM??

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...