PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, July 5, 2011

BLOGGER PEMBANGKANG SENDIRI SIFATKAN HUSAM MEMBOHONG...!!!




Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menyifatkan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai pembohong berhubung isu tapak Stesen Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Puteh.

Beliau yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendakwa Husam akan memutar-belitkan fakta untuk menyelamatkan keadaan.

"Husam Musa sudah menjawab isu tanah tapak Stesen Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Puteh. Kononnya Husam menyalahkan pemberi maklumat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyokong Pas yang mulanya senyap terus melompat setelah mendengar jawapan Husam. Dia sebenarnya berbohong. Dia adalah pembohong, bagaimana hendak dipercayai kata-kata Husam yang dipetik dari laman blog, Kickdefella.

Kelmarin, ketika bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada persatuan tersebut setelah Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah mengambil tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun, Husam menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan Najib menerima maklumat yang salah mengenai perhentian teksi tersebut.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Pengerusi persatuan itu, Abdul Rahman Samad berkata, pihaknya menerima surat arahan daripada agensi Kerajaan Pas Kelantan pada 25 Mac 2010 supaya berpindah bagi membolehkan projek komersial dilaksanakan ditapak tersebut.

Perhentian teksi berkenaan telah digunakan sebelum 1990 iaitu ketika negeri itu berada di bawah pemerintahan kerajaan BN berasaskan sewa RM75 sebulan di kawasan seluas lebih 349 meter persegi.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...