PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, June 14, 2011

PAS KENA JADI "KAMBING HITAM" JIKA MAHU SELAMAT


Hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak.

Buktinya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berani menyanggah tindak-tanduk pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam, dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, turut menerima nasib sama ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib yang lantang mempertahan kepimpinan ulama-sesuatu yang tidak disenangi oleh DAP dan Anwar.

Jelas ketara kelihatan setelah Pas dicengkam golongan 'Anwarinas', parti itu sudah berkeceramuk, tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP.

Pas kini terpaksa akur kepada kehendak DAP serta PKR apabila menyingkir "Double H" iaitu Hassan dan Harun.

Penyingkiran 2 pemimpin lantang ini juga membuktikan bahawa DAP dan PKR secara tersusun telah berjaya menendang golongan ulama daripada parti itu untuk menerapkan elimen memperjuangkan Anwar dalam apa jua keadaan sekalipun ke akar umbi PAS masakini.

Di Selangor, Hasan merupakan satu-satunya Exco yang berani mempertahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun ia tidak disenangi pemimpin pembangkang lain.

Harun pula sentiasa konsisten mempertahankan kepimpinan ulama dan pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu memberi ingatan kepada pucuk pimpinan parti agar tidak tunduk kepada DAP dan PKR.

Abdul Shukor berkata, beliau sebenarnya tidak terkejut dengan penyingkiran dua tokoh Pas tersebut kerana memang sudah menjangka perkara itu akan berlaku selepas kepimpinan ulama 'digulingkan'.

Inilah bukti betapa Pas sanggup melutut bersujud kepada DAP berbanding mempertahankan pemimpin mereka yang bukan sahaja bertaraf Exco, tetapi dipilih oleh perwakilan pada muktamar parti itu baru-baru ini selaku Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

PAS sanggup menggadaikan apa sahaja sekarang demi perjuangan politiknya tetapi bukanlah untuk memperjuangkan agama Islam. Itu semua adalah slogan terdahulu yang telah dibuang bulat-bulat oleh PAS, demi mencapai cita-citanya untuk mendapatlebih kuasa daripada apa yang ada sekarang.

Pendek kata PAS berjaya di "Kambing Hitam" kan oleh DAP dan PKR agar Pakatan mereka yang mengidamkan Putrajaya berjaya dilaksanakan.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...