PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, June 20, 2011

APA ISTIMEWANYA NIK AZIZ NIKMAT...??? PART 2


Kenapakah hanya kerana satu karikatur yang bertujuan menyindir Pas dianggap menghina Islam sedangkan kartunis Pas, Zunar pernah menghasilkan karikatur yang terang-terang melakukan kesalahan berkenaan tetapi tiada apa-apa protes dilakukan.

Jelaslah, pertimbangan politik menjadi asas utama kepada Nik Abdul Aziz, PUM dan Pemuda Pas dalam membuat keputusan.

Politik diletakkan di hadapan sekali dalam apa juga keputusan dan tindakan yang hendak diambil.

Selama ini, kalau hendak dikirakan Nik Abdul Aziz lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam tetapi tiada apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak dalam Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja, Nik Abdul mengeluarkan satu demi satu kenyataan yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Di muktamar-muktamar Pas pun tidak ada seorang pun yang berani menegur keceluparan dan kecelaruan fikiran Nik Abdul Aziz yang dilihat banyak menjejaskan imej Islam Pas.

Kedudukan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am seolah-olah menjadi ‘tiket’ kepada beliau bebas daripada sebarang teguran atau kritikan daripada mana-mana kelompok yang ada kaitan dengan Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri biar pun ada tindakan Nik Abdul Aziz jelas-jelas bertentangan dengan seruan Islam.

Sebagai contoh tindakan beliau menghalang kerjasama antara UMNO dan Pas biar pun ia dilakukan semata-mata demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Macam-macam hujah yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz bagi menghalang perkara yang amat digalakkan oleh Islam itu, tetapi tidak ada pula kelompok yang membantah kedegilan Menteri Besar Kelantan berkenaan.

Walaupun kelompok dalam Pas tahu apa yang Nik Abdul Aziz lakukan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam, kenapa mereka tidak menegurnya? Apa istimewanya Nik Abdul Aziz? Adakah kerana beliau seorang tok guru, ulama, ahli politik dan mursyidul am maka segala-gala yang beliau katakan adalah betul?

Apa pun kelompok yang paling gembira berikutan tindakan kerajaan Pas Kelantan itu adalah PKR dan DAP yang merupakan sekutu Pas.

Selama ini pun Nik Abdul Aziz adalah pembela utama kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu sehingga timbul cadangan supaya Menteri Besar Kelantan dilantik sebagai pemimpin utama pembangkang.

Ketaksuban Nik Abdul Aziz kepada politik dan kerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan beliau tidak lagi membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam berhadapan dengan sesuatu isu.

Bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja betul, hanya undi Pas sahaja masuk syurga dan hanya Perlembagaan Pas yang tidak kafir.

Malahan Menteri Besar Kelantan itu juga mudah-mudah sahaja menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO bukan Islam sebenar.

‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.”

Kesimpulannya, berdasarkan kepada apa yang diperkatakan, maka mana-mana pihak tidak perlu bermuram durja atau merasa keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Ia kerana selagi sesuatu perkara itu berasaskan kepada apa yang dikehendaki atau dikatakan oleh Nik Abdul Aziz maka selagi itulah ia hanyalah demi politik semata-mata.

Kalaulah martabat Islam menjadi hitungan, sudah pasti Pas tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan prinsip perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu meraih kuasa bersama PKR dan DAP.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...