PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, October 24, 2011

SAH 300 AHLI AMPANG CAMPURAN KELUAR PKR..!!!



Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan. Mereka berasa kecewa dan tertipu kerana janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak juga berlaku.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah. Turut hadir, Penyelaras BN Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat. Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Tidak seperti BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah untuk mendengar denyut nadi rakyat katanya.

1 comment:

Anonymous said...

PRU 13 PKR terlungkup terus. PAS berambus balik Kelantang. Yang tinggal DAP saja dengan mimpi-mimpi Pengsingapuraan Malaysia yang tak sudah-sudah

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...