PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, February 19, 2012

AMOI CHINA TAWAR SEKS PERANGKAP LELAKI MALAYSIA..!!!


Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.

Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.

Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.

Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.




“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.

“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa. Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.

“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit. Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.

Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.

“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.

Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.

“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.

“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.

“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.

“Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.

“Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan,” katanya.

- SUMBER MYMETRO

3 comments:

praha2 said...

eden mintak tok pm borhontikan visa on arrival (VOA). sobab voa ini lah yang menjerumus kan pelacuran dimalaysia. yen yen bawa masuk pelacur dari negaro cino,dan sekarang dah ke Thailand,Indon,Vietnam, tak lamo lagi penuntut dari africa pulo jadi pelacur. dio oran ramai disini, datanglah kesubang jaya. berlagak macam penuntut tapi perangai masyaallah tak tau nak cakap.
tolong ambil perhatian YB Hisham.

Anonymous said...

Visa dihadkan kepada 30 hari je, maksimum 3 x dalam setahun dan jarak 1 bulan, langar syarat visa, tak boleh dibenarkan masuk Malaysia 3 tahun.

bukan setakat pelacur, pengedar dadah, paderi asing naik basikal pun ada dan lain-lain lagi.

Unknown said...

Tahir

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...