
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, February 10, 2011
PAKATAN PR DIJANGKA BERKUBUR HUJUNG TAHUN
Seperti yang diperkatakan dahulu, semakin hari makin ramai yang akan mengambil langkah keluar parti Pakatan koyak Rabak yang hanya pandai membuat janji-janji manis ketika berceramah tetapi tidak melunaskan hasrat rakyat dan menepati janji-janji mereka.
Hari ini seramai 200 bekas ahli Parti Koyak Rabak (PKR) Cabang Ipoh Barat dan Tambun hari ini mengambil keputusan menyertai Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN).
V. Subramaniam, 38, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ipoh Barat, menjadi wakil dan ketua untuk menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.
Subramaniam berkata, Gerakan merupakan parti terbaik bagi mereka menyertai kerana ia parti berbilang kaum yang diketuai pemimpin yang tidak bongkak dan sombong seperti Pakatan PR, tetapi lantang apabila memperjuangkan sesuatu isu.
Menurut Subramaniam, mereka meninggalkan Pakatan Kelentong Rakyat kerana parti itu tidak pernah memperdulikan nasib ahli tetapi hanya penting memperjuangkan agenda Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, dakwaan mengatakan mereka keluar Pakatan PR kerana terima sogokan daripada BN adalah tidak benar sama sekali.
''Selepas menang di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka hanya sibuk berbincang tentang syarikat kerajaan negeri dan konsesi balak. Mereka lupa terus ahli-ahli di bawah," katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan janji kosong pembangkang sebaliknya bersama menyokong BN yang boleh membantu mereka.
Kemasukan 200 bekas ahli PKR itu ke dalam Gerakan menunjukkan keyakinan mereka terhadap rekod cemerlang BN menguruskan negara, dan membuktikan Pakatan Rakus hanya pandai buat janji kosong dan hanya banyak bercakap dari banyak buat kerja.
Janganlah tertipu dengan pembohongan Pakatan Kerajaan Rakus ini, kelak akan membinasakan diri kita sendiri kerana belum terkena belum tahu. Jadi janganlah dah sampai terkena batang hidung sendiri baru nak sedar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
1 comment:
boleh tak link kan blog perspektifmuda.blogspot.com kat blog ni..tq
Post a Comment